Bukayo Saka akhirnya dipanggil oleh Tiga Singa buat pertama kalinya.

Pemain muda Arsenal itu menjadi pemain paling kreatif mereka musim lalu dan bermain di dua posisi iaitu penyerang sayap serta bek sayap.

Kecemerlangan Bukayo Saka membuatkan pemain itu dipanggil oleh England buat pertama kali.

Arsenal bergembira dan mengucapkan tahniah kepada pemain tersebut di atas panggilang sulung dari England.

Namun bukan semua peminat bergembira dengan berita itu. Peminat dari Nigeria jelas terkilan dan meminta Saka untuk menilai semula penggilan tersebut.

“Walaupun untuk kamu, saya tidak rasa ini berita baik. Tanya Agbonlahor, Fashanu, dan terbaru Zaha. Kamu akan digunakan dan kemudian dibuang.”

“Hanya menunggu masa sahaja kamu akan menyesali bahawa ini satu kesilapan. Namun buat sekarang, tahniah,” tegas seorang peminat.

https://twitter.com/gurrero_el/status/1311660108947095553

Peminat Nigeria menyatakan ini sesuatu yang pedih mereka terima pada hari kemerdekaan negara mereka pada hari ini, 1 Oktober.

Bukayo Saka merupakan pemain berdarah Nigeria yang lahir dan membesar di England. Maka tidak hairanlah kenapa beliau lebih tertarik untuk mewakili England.

Namun tetap ada yang mengingatkan beliau bahawa England ketika ini sarat dengan bakat di posisi beliau.

Para peminat dari Nigeria merasakan bahawa Super Eagles lebih memerlukan Saka berbanding England.

turn’

Baca juga perkembangan lain

Manchester United Mulakan Rundingan Dapatkan Ousmane Dembele

Mourinho Tembak Lampard: “Masa Ketinggalan 3-0 Hari Tu Kau Duduk Saja”

Video: Lonjakan Luar Biasa Ronaldo Selamatkan Juventus Daripada Kekalahan