Setelah Felda United sah menarik diri daripada saingan Liga Malaysia musim hadapan, ketua jurulatihnya, Nidzam Jamil dikhabarkan menerima beberapa tawaran daripada pasukan tempatan.

Isnin lalu, Unit Komunikasi Korporat Felda mengumumkan pembabitan Felda dalam saingan Liga Malaysia hanya sehingga musim 2020 sahaj, sekaligus menjadi tanda bahawa pasukan itu akan dibubarkan dan menarik diri dari kancah bola sepak tempatan.

Sejak diberi tanggungjawab untuk menjadi ketua jurulatih Felda, Nidzam berjaya menampilkan kemampuan beliau meskipun menguruskan pasukan yang tidak mempunyai bajet tinggi seperti pasukan besar lain.

Nidzam juga menjadi salah satu jurulatih muda terbaik dalam negara disamping pengendali Terengganu FC, Nafuzi Zain dan ketua jurulatih Pulau Pinang, Manzoor Azwira.

Bekas pemain Selangor itu menjadi pilihan peminat skuad Red Giants bagi menggantikan B.Satianathan yang dipecat bulan lalu.

Namun, Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) dikhabarkan sudah mempunyai pilihan mereka sendiri bagi mengendalikan skuad utama pada saingan musim hadapan.

Baca artikel lain mengenai Nidzam Jamil dan Felda United di sini:

Jurulatih Liga Malaysia Yang Boleh Menggantikan B.Satianathan

FELDA United Sah Tarik Diri Daripada Liga Malaysia

Pemain Perlu Bersikap Profesional Dan Berdisiplin Dalam Mengekalkan Tahap Kecergasan