Bekas jurulatih Kedah, Nidzam Adzha Yusoff dilantik sebagai pengendali baharu skuad Kuala Lumpur bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim depan dan diberi tugas untuk membawa mereka kembali beraksi dalam Liga Super pada tahun 2021.

Beliau yang berkhidmat sebagai penolong jurulatih Melaka United pada musim 2019, tekad untuk mengembalikan semula zaman kegemilangan skuad warga kota dengan membentuk barisan yang mantap.

Setakat ini, Kuala Lumpur telah menandatangani 16 muka baru bagi memperkuatkan pasukan itu termasuk pemain skuad kebangsaan, Akram Mahinan, Shukor Adan, Qayyum Marjoni Sabil, Nik Shahrul Azim dan Fandi Othman.

80685694_2759492390760564_4932601065636888576_o

Akram Mahinan menjalani latihan bersama Kuala Lumpur. FOTO: KLFA

Nidzam juga sedang berusaha untuk membawa masuk pemain import pertahanan dan penyerang dan salah satunya adalah import Melaka Davy Claude Angan. Bagaimanapun, beliau masih menilai prestasi pemain itu untuk mengelakkan daripada pertukaran pemain lagi pada perpindahan kedua.

“Itulah perancangan persatuan, kalau boleh kami tidak mahu dapatkan pemain import dalam jendela perpindahan kedua. Jadi, memang kami beri sedikit ruang kerana Liga Malaysia akan bermula Februari depan. Masih ada masa untuk mendapatkan tenaga import,” katanya dalam Stadium Astro.

Skuad Warga Kota itu juga tidak ketinggalan dalam proses mengatur beberapa siri perlawanan persahabatan sebagai persiapan pramusim dengan Vietnam dan Korea Selatan dalam perancangan destinasi mereka.

“Daripada segi persiapan memang ada membuat usaha untuk segera kembali dalam Liga Super. Jadi, saya teruja dengan idea itu dan sedia menggalas cabaran itu,” ujar pertahanan Kuala Lumpur, S. Subramaniam.

Lagi artikel menarik mengenai perkembangan Liga Malaysia musim 2020 melalui pautan dibawah.

Nazrin Nawi Teruja Beraksi Bersama Pasukan Kelantan Musim Hadapan

Presiden MUSA Jelaskan Sebab-Sebab Beliau Melakukan Kutipan ‘Crowdfunding’

Selangor II Bakal Gunakan Khidmat Pemain Import

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group