Kuala Lumpur giat memperkukuhkan pasukan menjelang saingan Liga Perdana musim 2020 yang akan membuka tirai pada 29 Februari ini apabila menandatangani dua bekas pemain iaitu Nicolas Dul dan Raimi Mohd Nor.

Dul merupakan pemain tengah dari Argentina dan beliau menjadi nadi utama skuad The City Boys ketika menjuarai Liga Perdana pada musim 2017 lalu. Dul membuat 26 penampilan dan turut menyumbang satu gol.

Pemain berusia 33 tahun itu menggantikan Guy Gnabouyou, yang dilepaskan oleh pengurusan pasukan selepas pemain dari Perancis itu tidak meyakinkan ketua jurulatih, Nidzam Adzha Yusoff dalam beberapa perlawanan persahabatan yang dihadapi sebelum ini.

Nicolas Dul
Nicolas Dul ketika beraksi bersama Kuala Lumpur pada musim 2017 lalu.

“Saya gembira pulang ke KL dan saya berharap kami boleh mengulang kejayaan menjuarai liga seperti pada 2017. Saya perlu tingkatkan tahap kecergasan tetapi saya yakin akan sedia menjelang permulaan liga. Banyak perubahan berlaku di KL dan hanya Paulo, Zhafri dan Hafiz yang saya kenal dari tiga tahun dulu. Tetapi saya rasa pasukan ini mempunyai ramai pemain yang bagus dan mampu mencapai kejayaan,” kata Nicolas Dul menurut laporan Sportimes.

Nicolas Dul
Raimi Mohd Nor antara pemain yang belum menerima baki tunggakan gaji daripada MUSA. Sumber Gambar: Melaka United Blogspot

Seorang lagi pemain baharu, Raimi Mohd Nor meletakkan sasaran iaitu beliau mahu membantu Kuala Lumpur kembali ke saingan Liga Super musim hadapan.

“Saya mahu mencapai misi peribadi dan pasukan untuk naik semula ke Liga Super. “Saya mahu buktikan pada semua yang saya masih mampu bermain dan membantu pasukan pada usia 34,” ujar Raimi.

Baca artikel lain mengenai pasukan Kuala Lumpur di sini:

Liga Malaysia 2020: Bekas Pemain Marseille Perkuatkan Jentera Serangan Kuala Lumpur

Liga Malaysia 2020: Penerima Anugerah FIFA Fair Play Sah Sertai Kuala Lumpur

Hasrat KLFA Wujudkan Kuala Lumpur II Tidak Diluluskan MFL