Pemain kacukan Malaysia-England, Nick Swirad diumumkan secara rasmi sebagai pemain baharu kelab Thai League 2, Nongbua Pitchaya sekaligus menjadi pemain ketiga negara yang beraksi dalam Liga Thailand selain Junior Eldstal (Chonburi FC) dan Dominic Tan Jin Jung (Police Tero).

Swirad sebelum ini menyertai pasukan Selangor pada awal musim 2020 namun beliau jarang berada dalam kesebelasan utama skuad kendalian B. Satiananthan itu dan kerap memanaskan bangku simpanan.

Kehadirannya amat diperlukan oleh Nongbua Pitchaya bagi memperkuatkan benteng pertahanan pasukan itu. Ia juga merupakan peluang keemasan untuk Swirad mendapatkan lebih banyak minit permainan supaya dipanggil menyertai skuad Harimau Malaya kelak.

Kali terakhir beliau dipanggil menyertai kem latihan pusat skuad negara ialah pada bulan Mac 2019.

Nongbua kini berada di kedudukan teratas Thai League 2 dimana mereka mendahului dengan kelebihan 4 mata dihadapan Khon Kaen United dan masih belum tewas setakat ini selepas mengharungi 23 perlawanan.

152737367_2922895741279366_7132224170053232558_o
FOTO: Nongbua Pitchaya FC

Swirad dijangka buat penampilan pertama dalam perlawanan menentang Samut Sakhon pada hari esok dan ini merupakan peluang beliau untuk memikat jurulatih supaya kerap disenaraikan dalam kesebelasan utama.

Tinggal baki 11 lagi perlawanan, Nongbua Pitchaya masih berpeluang dinobatkan sebagai juara liga sekaligus meraih tiket beraksi dalam saingan Thai League 1 musim depan jika mereka terus konsisten mengutip 3 mata.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah.

Singapura Hantar Permohonan Rasmi Bida Hak Tuan Rumah AFC Cup 2021

Pengurus Arema Setuju Kejohanan Pra Musim Liga Indonesia Dinamakan Sebagai ‘Upin Ipin Cup’

RASMI: Portimonense SC Tandatangan Hirosawa Toki, Pemain Pertahanan Juara Sekolah Tinggi Jepun

RASMI: Pemain Naturalisasi Malaysia, Liridon Krasniqi Sah Sertai Newcastle Jets