Pemain pertahanan negara, Nick Swirad dilaporkan bakal kembali beraksi dalam saingan Liga Malaysia musim ini apabila semakin hampir untuk menyertai Sri Pahang.

Perkara ini dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam dimana Nick baru-baru ini berpisah dengan kelab Thai League 1, Nongbua Pitchaya ekoran peraturan liga yang tidak membenarkan Nick untuk beraksi.

Menurut penjelasan Swirad, beliau terpaksa meninggalkan Nongbua kerana tidak mempunyai penampilan bersama skuad kebangsaan yang cukup untuk beraksi di saingan divisyen pertama.

Pemain luar negara yang beraksi di Thailand difahamkan perlu mempunyai penampilan bersama skuad kebangsaan sebanyak tiga kali bagi membolehkan mereka untuk beraksi dalam saingan Thai League 1.

Ketika beraksi bersama Nongbua, Nick membantu kelab itu muncul juara saingan Thai League 2 musim 2020/2021 sekaligus mendapat tempat dalam saingan divisyen utama musim hadapan.

Setakat ini, Sri Pahang telah melakukan rombakan besar-besaran dari segi pemain dimana mereka telah membawa masuk empat pemain import baharu iaitu Aung Kaung Mann (Myanmar), Manuel Hildago (Argentina), Abubakar Yakubu (Ghana) dan Kenny Anthiu (Australia).

Sekiranya menyertai Sri Pahang, besar kemungkinan Nick akan digandingkan dengan ketua pasukan, Herold Goulon di benteng pertahanan.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan Liga Malaysia di sini:

Hussein El Dor Kembali Perkuatkan Benteng Pertahanan Perak

VIDEO: Tenang Rawat Kecederaan, Fisioterapi Futsal Sabah Dipuji Ramai

Makan Konate Dipanggil Sertai Skuad Kebangsaan Mali