Pemain pertahanan negara, Nick Swirad kekal beraksi di saingan Liga Thailand musim hadapan apabila beliau menandatangani kontrak lanjutan bersama juara Thai League 2, Nongbua Pitchaya.

Perkara ini dikongsikan oleh wartawan The Star, T.Avineshwaran dimana Swirad mengikut jejak langkah Junior Eldstal yang turut kekal bersama kelabnya iaitu Chonburi.

Swirad menyertai Nongbua Pitchaya pada jendela perpindahan kedua musim 2020/2021 setelah beliau dilepaskan oleh pasukan Selangor.

Pemain yang pernah memperkuatkan Melaka United dan PKNS FC itu membantu Nongbua menjuarai Thai League 2 dengan kelebihan 6 mata di hadapan Chiangmai United.

Pitchaya
Nick Swirad

Setelah Swirad dan Junior menandatangani kontrak lanjutan, nasib seorang lagi pemain pertahanan iaitu Dominic Tan yang beraksi bersama Police Tero masih belum diketahui.

Dominic beraksi di Thailand lebih awal berbanding dua pemain di atas dan Police Tero dijangka bakal membuat keputusan mengenai masa depan pemain itu dalam masa terdekat.

Baca artikel lain mengenai perkembangan pemain Malaysia di Thailand di sini:

Junior Eldstal Tandatangani Kontrak Lanjutan Bersama Chonburi

Dominic Tan Semakin Hampir Untuk Pulih Dari Kecederaan

Prestasi Cemerlang Berbaloi, Tan Cheng Hoe Mahu Panggil Junior Eldstal Sertai Kem Latihan