Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Kelab Thai League 2, Nongbua Pitchaya malam ini disahkan selaku juara saingan Thai League 2 musim 2020/2021 selepas berjaya menundukkan Kasetsart dalam perlawanan terakhir liga.

Pemain pertahanan dari Malaysia yang kini beraksi bersama kelab itu, Nick Swirad turut mencatatkan nama selaku penjaring dalam perlawanan itu seterusnya menjulang kejuaraan Thai League 2.

Nongbua Pitchaya sememangnya menepati jangkaan selaku calon kejuaraan selepas menghuni kedudukan teratas Thai League 2 dalam 24 perlawanan terakhir berturut-turut tanpa mampu dicabar oleh pasukan lain.

166316701_1655647341490480_2653824980292006599_n

Dengan kejuaraan ini juga membolehkan Nongbua Pitchaya layak beraksi dalam saingan Thai League 1 musim 2021/2022 dan buat kali pertamanya mereka akan bermain dalam saingan bola sepak tertinggi di Thailand sejak ditubuhkan pada tahun 2010.

Saksikan gol pertama Nick Swirad untuk Nongbua Pitchaya dalam video diatas.

Pastinya gol dan kejuaraan liga ini bakal memberikan satu tonik dan motivasi hebat untuk beliau bagi terus mempamerkan aksi lebih baik musim hadapan untuk berdepan dengan cabaran lebih hebat dari kelab-kelab gergasi Thailand dalam Thai League 1.

Tahniah kami ucapkan kepada Nick Swirad!

Teruskan membaca 3 artikel terpilih yang telah kami sediakan untuk anda seperti dibawah.

Kelab Nick Swirad, Nongbua Pitchaya Raih Promosi Ke Thai League 1 Musim Hadapan

UAE ‘Tibai’ India 6 Gol Tanpa Balas, Ali Mabkhout Cipta Hatrik Dan 2 Pemain Naturalisasi Sumbat Gol

3 Perkara Penting Dalam Kenyataan Balas PFAM Berkaitan Tuntutan Tunggakan Gaji 5 Bekas Pemain Kelantan FC

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group