Dito

Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Nongbua Pitchaya nyata terlalu unggul untuk dicabar pasukan lain dalam saingan Thai League 2 dimana mereka mengesahkan kejuaraan bagi musim 2020/2021 sekaligus meraih tempat di saingan divisyen pertama, Thai League 1 musim hadapan.

Pemain pertahanan negara, Nick Swirad merupakan anggota skuad Nongbua bagi menghadapi saingan musim ini setelah menyertai kelab itu apabila kontrak bersama Selangor tidak dilanjutkan pada awal tahun ini.

Kejayaan diraih oleh kelab yang diasaskan pada 2010 itu sekaligus menjadikan Swirad sebagai pemain kedua dari Malaysia yang memenangi kejuaraan liga di Thailand.

Nick Swirad

Sumber Gambar: Nongbua Pitchaya

Pemain pertama yang mengecapi kejayaan memenangi takhta liga di Thailand ialah Norshahrul Idlan Talaha dimana BG Pathum United menjadi juara Thai League 1.

Meskipun hanya beraksi sehingga pertengahan musim sebelum menyertai Sarawak United yang beraksi di Liga Perdana, namun Matyo disahkan turut mendapat pingat kejuaraan.

Selain Nongbua, satu lagi pasukan yang turut dipromosikan ke saingan Thai League 1 musim hadapan ialah Chiangmai United manakala satu lagi slot akan direbut oleh empat pasukan yang akan bersaing di play-off.

Baca artikel lain mengenai perkembangan pemain Malaysia yang beraksi di Thailand di sini:

Kejayaan Bersama BG Pathum Cipta Sejarah Tersendiri Bagi Matyo

Nick Swirad Jaringkan 1 Gol, Nongbua Pitchaya Sah Juara Saingan Thai League 2 Musim 2020/2021

Kelab Nick Swirad, Nongbua Pitchaya Raih Promosi Ke Thai League 1 Musim Hadapan

© 2022 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group