Pemain performed Malaysia, Nick Swirad membuat penampilan pertama bersama kelab baharunya, Nongbua Pitchaya dalam perlawanan Thai League 2 semalam.

Nick diturunkan dalam kesebelasan utama pada aksi menentang Chiangmai FC yang menyaksikan pendahulu T2 itu memenangi perlawanan dengan keputusan 4-1.

Thailand menjadi destinasi seterusnya bagi Nick setelah beliau ditamatkan kontrak ekoran tidak berada dalam perancangan Selangor bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim ini.

Meskipun beraksi di divisyen kedua, namun keputusan Nick Swirad untuk menyertai Nongbua dilihat sebagai satu keputusan yang tepat kerana beliau menyertai kelab terbaik di saingan Thai League 2.

Ketika ini, Nongbua menjadi pendahulu dengan kelebihan enam mata di hadapan pasukan tangga kedua, Khon Kaen United.

Berbaki lapan perlawanan, Nongbua Pitchaya mempunyai peluang cerah untuk melayakkan diri ke saingan Thai League 1 musim hadapan sekiranya mengekalkan prestasi semasa.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:

Karsten Neitzel: Semuanya Sudah Di Landasan Tepat Buat Selangor FC

Terengganu FC Terima Tajaan RM1.5 Juta Daripada redONE Network

Dokumentari Khas ‘Fearless: Rise Of The Johor Southern Tigers’ Mula Ditayangkan Esok