Pemain kacukan negara, Nick Swirad dilaporkan bakal beraksi dalam saingan divisyen kedua liga bola sepak Thailand pada musim hadapan.

Menurut perkongsian wartawan The Star, T.Avineshwaran, kelab Thai League 2, Nongbua Pitchaya berminat untuk mendapatkan khidmat bekas pemain pertahanan Selangor itu.

Swirad ketika ini berstatus sebagai ejen bebas setelah pasukan Selangor memutuskan untuk tidak memberi kontrak lanjutan kepada pemain berusia 29 tahun itu bagi menghadapi saingan musim 2021.

Pemain yang juga pernah menyarung jersi Melaka United ini menyertai Selangor pada awal musim 2020 setelah pasukan lamanya, PKNS FC bergabung dengan skuad Red Giants dan dijadikan sebagai pasukan pembangunan yang beraksi di Liga Perdana.

Namun Nick Swirad sendiri kurang beraksi dalam kesebelasan utama dimana pengendali Selangor iaitu B.Satianathan dan penggantinya, Michael Feichtenbeiner lebih gemar menggunakan pemain lain sekaligus menyebabkan Swirad banyak memanaskan bangku simpanan.

Nick Swirad
Sumber Gambar: Selangor FC

Nongbua Pitchaya pula sedang berada di puncak dalam carta Thai League 2 dimana mereka mendahului dengan kelebihan 8 mata dihadapan Khon Kaen United dan masih belum tewas setakat ini.

Nongbua dikhabarkan mahu mendapatkan khidmat Swirad bagi memantapkan benteng pertahanan untuk menghadapi separuh masa kedua Thai League 2 sekaligus mencerahkan peluang layak ke Thai League 1 musim hadapan.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:

Malaysia Bakal Diperkuatkan Dua Pemain Naturalisasi Di Aksi Kelayakan

JDT Dominasi Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2020

UiTM FC Tandatangani Penjaga Gol Import Dari Croatia, Dominik Picak