Usaha Liverpool untuk mencipta rekod sempurna di kandang sendiri dalam saingan Liga Perdana Inggeris dimusnahkan oleh Nick Pope dan Burnley.

Ini selepas anak buah Jurgen Klopp diikat 1-1 oleh Burnley.

Pasukan Jurgen Klopp masih mengejar catatan mata keseluruhan tertinggi, 100 mata yang direkodkan oleh Manchester City pada tahun 2018.

Liverpool kini mempunyai 93 mata dan perlu memenangi baki tiga perlawanan menentang Arsenal, Chelsea dan Newcastle untuk memecahkan rekod City.

Liverpool akan mengikat catatan 100 mata jika mereka menang dua dan seri satu daripada perlawanan tersebut.

Liverpool mendahului menerusi Andrew Robertson yang menyambar umpanan Fabinho dengan tandukan kemas pada minit ke-34.

Tetapi mereka menyia-nyiakan peluang untuk meningkatkan lagi margin pendahuluan mereka, dengan Roberto Firmino melakukan percubaan yang terkena tiang sebelum Curtis Jones dan Mohamed Salah melepaskan rembatan bahaya.

Akibat gagal untuk menyempurnakan beberapa peluang gol, Liverpool dikejutkan dengan gol minit ke-69 oleh Jay Rodriguez.

Nick Pope menjadi tumpuan apabila cemerlang melakukan 8 saves dalam aksi ini.

https://twitter.com/ExpectedChelsea/status/1281979813348204551

Ini adalah kali pertama Liverpool gagal memenangi perlawanan liga dalamĀ  halaman sendiri sejak Januari 2019.

Burnley mengakhiri rekod sempurna menang kesemua 24 perlawanan liga Liverpool di Anfield.

Dengan itu hanya Sunderland pada musim 1891/1892 – menang kesemua aksi di halaman sendiri. Namun ketika itu, jumlah perlawanan di kandang sendiri adalah 13, Sunderland menang kesemuanya.

Baca juga perkembangan lain

McGoldrick: “Saya Sedang Menjalani Impian Saya”

Nasib Man City Diketahui Isnin Ini, Dijangka Bakal Terlepas Dari Hukuman

Lampard Puji Pulisic Selepas Berjaya Atasi Cabaran Getir Palace