Penjaga gol Burnley, Nick Pope berharap beliau akan dapat merampas tempat sebagai penjaga gol no.1 England dalam Euro yang akan datang, sekaligus mengatasi Jordan Pickford.

Bintang Toffees – Jordan Pickford – masih pilihan utama pengurus Gareth Southgate selepas Piala Dunia 2018 di Rusia.

Beliau juga menjadi penjaga gol utama yang berada di gawang semasa kelayakan untuk Euro.

Tempat Pickford di kesebelasan utama England kini agak terancam berdasarkan prestasi cemerlang Nick Pope.

Pemain berusia 28 tahun itu telah mencatatkan 11 clean sheet setakat ini dala Liga Perdana  Inggeris. Menjadikan ia angka tertinggi setakat ini.

Pope menjadi pencabar utama untuk anugerah Sarung Tagan Emas PFA – yang menobatkan penjaga gol terbaik.

Pope berkata kepada The Guardian: “Salah satu perkara utama bagi saya adalah tidak melihat terlalu jauh ke depan.”

“Saya benar benar fokus kepada Burnley.”

“Kedudukan saya di England masih jauh lagi, walaupun saya mahu menjadi No 1 dalam pasukan kebangsaan.”

“Ia adalah impian saya yang sebenar untuk bermain di Wembley dan mewakili England sebanyak yang mungkin.”

Burnley, yang kini berada di tangga ke-10, mencabar untuk berada di kedudukan tujuh teratas.

Mereka hanya empat mata dibezakan dari tempat slot ke Liga Europa, dan Pope merupakan salah satu faktor yang boleh memacu mereka ke sana sekali lagi.

Sejak akhir akhir ini, prestasi Pickford kerap mengundang kritikan. Ini ditambah dengan prestasi Nick Pope dan Dean Henderson yang cemerlang.

Ramai yang mempersoalkan keputusan Gareth Southgate untuk terus menjadikan Jordan Pickford sebagai penjaga gol no.1 Three Lions.

Baca juga perkembangan lain

Arsenal Tawar Kontrak Baharu, Aubameyang Masih Belum Setuju Apa Apa

5 Klausa Pelik Pada Kontrak Pemain, Mungkin Ini Sebab Chamberlain Selalu Masuk Minit Ke-71

Balotelli Buat Hal Lagi