Bekas ketua jurulatih pasukan negara, Datuk K.Rajagopal memberikan peringatan untuk pemain negara agar memberi mengawasi gerak-geri dua pemain iaitu Nguyen Van Toan Dan Nguyen Trong Hoang pada perlawanan kempen kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 menentang Vietnam malam ini.

Rajagopal nyata tertarik dengan kebolehan serta kualiti yang dimiliki oleh dua pemain di atas dimana beliau beliau berpendapat kedua-dua pemain bakal menjadi senjata utama juara bertahan Piala AFF Suzuki 2018 itu untuk merobek gawang Malaysia.

Nguyen Van Toan
Nguyen Van Toan

“Apa yang saya tahu mengenai Vietnam ialah mereka mempunyai barisan serangan yang kuat dan dibarisi oleh pemain yang mempunyai kelajuan. Ketika menyaksikan mereka beraksi dalam temasya Piala Asia 2019, saya kagum dengan kemampuan Nguyen Van Toan, Nguyen Trong Hoang.

“Kehadiran pemain yang beraksi di luar negara seperti Doan Van Hau, Dang Van Lam serta Nguyen Chong Puong dilihat mampu mengukuhkan lagi pasukan Vietnam,” kata ketua jurulatih PKNS FC itu.

Tambah Datuk K.Rajagopal, perlawanan yang akan berlangsung di Stadium Nasional My Dinh, Hanoi malam ini akan menjadi satu perlawanan yang menarik kerana kedua-dua pasukan sedang berada dalam prestasi terbaik ketika ini.

Syafiq Ahmad
HOTO CREDIT – PHOTO BY KAMARUL AKHIR / ASIANA.MY

“Saya berpendapat Malaysia dan Vietnam sedang berada dalam prestasi yang baik ketika ini. Vietnam berjaya mengekalkan momentum sejak awal tahun ini. Dalam temasya Piala Asia, mereka berjaya layak ke peringkat suku akhir.

“Malaysia pula mempunyai pemain yang baik di bahagian serangan. Perkara ini terbukti apabila mereka menewaskan Sri Lanka dengan keputusan 6-0 minggu lalu,” tambahnya.

Baca artikel lain mengenai perlawanan antara Malaysia menentang Vietnam di sini:

Steve Darby: Vietnam Terlalu Kuat Untuk Malaysia, Brendan Gan Dan Mat Yo Perlu Diberi Perhatian Serius

Ramalan Susunan Kesebelasan Utama Skuad Malaysia Dan Vietnam

Prestasi Semasa Syafiq Ahmad Gusarkan Ketua Jurulatih Vietnam, Park Hang-seo