Kejayaan Hanoi FC memenangi saingan V-League musim 2019 bertambah manis apabila ketua pasukan, Nguyen Van Quyet dinobatkan sebagai pemain terbaik bagi musim 2019.

Bekas pemain kebangsaan Vietnam itu memainkan peranan besar dalam perjalanan Hanoi memenangi takhta Liga untuk dua musim berturut-turut selain membantu kelab tersebut mara ke perlawanan akhir Inter-Zone Piala AFC dimana mereka tewas kepada kelab Korea Utara, 4.25 SC.

Nguyen Van Quyet

Nguyen Van Quyet. Sumber Gambar: Foxsport Asia

“Hanoi berjaya mempertahankan kejuaraan Liga yang dimenangi musim lalu. Ini semua hasil daripada kerja keras sekua pihak dalam kelab terutamanya para pemain.

“Saya gembira dengan anugerah peribadi ini. Tetapi apa yang lebih penting ialah hasil yang diraih oleh pasukan. Kejayaan saya berpunca daripada kejayaan pasukan. Jadi ini bukan semata-mata kerja keras saya namun kerja keras semua pihak,” katanya menurut laporan Foxsport Asia.

Nguyen Van Quyet

Nguyen Van Quyet. Sumber Gambar: Foxsport Asia

Quyet menerima anugerah tersebut untuk kali kedua sepanjang karier beliau dimana pemain berusia 29 tahun itu telah menjaringkan 8 untuk untuk Hanoi – hanya Pape Omar Faye menjaringkan lebih banyak gol dengan 13 jaringan.

Meskipun beraksi cemerlang bersama kelabnya, Nguyen Van Quyet masih belum tampil bersama skuad kebangsaan sejak Vietnam memenangi Piala AFF Suzuki tahun lalu.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Hanoi FC di sini:

Gara-Gara Tiada Pasukan Bawah 15 Tahun, Hanoi FC Hilang Slot AFC Champions League Dan AFC Cup 2020

Juara V.League 1 2019, Hanoi FC Bakal Hilang Slot Kelayakan AFC Champions League 2020

Hanoi FC Mara Ke Final Inter-Zone Piala AFC 2019

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group