Pemain muda Vietnam yang sedang meningkat naik, Nguyen Quang Hai dikhabarkan menolak tawaran daripada kelab yang beraksi dalam saingan J1 League, Hokkaido Consadole Sapporo.

Menurut laporan Goal.com, Hanoi menerima tawaran daripada Consadole untuk mendapatkan khidmat Quang Hai. Akan tetapi, pemain berusia 22 tahun itu menolak untuk berhijrah ke Jepun dan mahu kekal bersama juara V.League musim 2019 itu.

Nguyen Quang Hai
Nguyen Quang Hai

“Nguyen Quang Hai percaya jika kekal bersama Hanoi beliau dapat meningkatkan lagi kualiti serta tahap permainan beliau,” kata Hanoi menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak kelab.

Penolakan ini bermakna Quang Hai terlepas peluang untuk beraksi bersama pemain bintang skuad kebangsaan Thailand, Chanathip Songkrasin yang telah beraksi dengan Consadole sejak musim 2018.

Nguyen Quang Hai
Nguyen Quang Hai

Sebelum mendapat tawaran daripada Consadole Sapporo, ketua pasukan skuad B-22 tahun Vietnam itu mendapat jemputan untuk menjalani ujian bersama kelab Sepanyol, Deportivo Alaves.

Namun, kecederaan yang dialami Quang Hai ketika beraksi dalam temasya Piala Asia pada awal tahun ini menyebabkan beliau tidak dapat memenuhi jemputan tersebut.

Baca artikel lain mengenai Nguyen Quang Hai di sini:

Nguyen Quang Hai Telah Beraksi Dalam 125 Perlawanan Dalam Tempoh 2 Tahun, Catat Lebih 10,000 Minit Masa Bermain

Beraksi Lebih 55 Perlawanan Musim 2019, Nguyen Quang Hai Terpaksa Berehat Panjang Akibat Kecederaan.

Beberapa Kelab Jepun Dikatakan Sudah Mula Merisik Pemain Tengah Vietnam, Nguyen Quang Hai