Pemain bintang skuad kebangsaan Vietnam, Nguyen Quang Hai bakal meninggalkan kelab beliau, Hanoi FC setelah gagal mencapai kesepakatan mengenai kontrak lanjutan.

Perkara ini dikongsikan oleh Asean Football di laman media sosial Twitter dimana Quang Hai dan Hanoi mengadakan perbincangan terakhir mengenai kontrak lanjutan pada 14 Mac lalu.

Namun, kedua-dua pihak gagal untuk mencapai kata sepakat apabila Quang Hai mahu beraksi di liga luar negara dan Hanoi terpaksa menghormati keputusan pemain itu.

Menurut laporan VN Express, Quang Hai mempunyai sasaran iaitu beliau mahu beraksi di saingan bola sepak Eropah setelah mencipta nama di peringkat domestik dan juga Asia Tenggara.

Pada usia 24 tahun, Nguyen Quang Hai merupakan salah satu pemain paling berjaya dalam sejarah bola sepak Vietnam dimana pemain ini telah memenangi V-League, National Cup, Vietnam Super Cup, Vietnam Golden Ball, Piala AFF Suzuki, pingat emas Sukan SEA dan pingat perak saingan AFC B-23 tahun.

Sebelum ini, rakan sepasukan Quang Hai iaitu Doan Van Hau beraksi di Eropah bersama kelab Belanda, SC Heerenveen namun hanya beraksi beberapa perlawanan dalam tempoh pinjaman selama semusim dan kemudiannya kembali ke Vietnam.

Ketika ini, hanya penjaga gol iaitu Dang Van Lam yang beraksi di liga luar negara dimana beliau menyarung jersi Cerezo Osaka dalam saingan Liga Jepun.

Antara pemain Asia Tenggara yang beraksi di Eropah ketika ini ialah Luqman Hakim Shamsuddin (KV Kortrijk), Thanawat Suengchitthawon (Leicester City) dan Amar Makruf (AD Alcorcon).

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan bola sepak Asia di sini:

Tolak Panggilan Skuad Kebangsaan, Tindakan Rizal Ghazali Cetus Tanda Tanya

Enggan Ambil Vaksin Punca Daniel Ting Tinggalkan KL City

Rizal Ghazali Tolak Panggilan Ke Skuad Kebangsaan, Khuzaimie Piee Ganti Syahmi Safari