Pemain bintang Vietnam, Nguyen Quang Hai menegaskan beliau tidak terlalu memikirkan tentang proses menyesuaikan diri apabila beraksi di liga luar negara selepas ini.

Quang Hai beraksi buat kali terakhir bersama Hanoi FC pada perlawanan menentang Viettel yang menyaksikan Hanoi menang dengan keputusan 1-0.

Kontrak Quang Hai bersama Hanoi akan tamat pada 12 April ini dan beliau bakal menyertai kelab baharu setelah perbincangan mengenai lanjutan kontrak menemui jalan buntu.

Setelah berpisah dengan Hanoi, pemain berusia 24 tahun itu menyatakan beliau mahu beraksi di liga yang mempunyai kualiti lebih tinggi berbanding Liga Vietnam.

“Saya belum boleh memberitahu kemana saya akan beraksi selepas ini. Tetapi apa yang pasti, saya mahu beraksi di liga yang lebih tinggi berbanding Vietnam kerana mahu mencabar diri dan belajar lebih banyak.

“Menyesuaikan diri dengan keadaan liga luar negara tidak terlalu sukar untuk pemain profesional. Saya juga pernah beraksi di luar negara bersama skuad kebangsaan. Jadi menurut saya perkara itu tidak terlalu sukar,” katanya.

Quang Hai merupakan pemain Vietnam berikutnya yang akan berakai di luar negara setelah Le Cong Vinh, Nguyen Tuan Anh, Nguyen Cong Phuong, Luong Xuan Truong dan Doan Van Hau.

Nguyen Quang Hai
Nguyen Quang Hai

Meskipun pemain di atas tidak mencapai kejayaan sepanjang beraksi di luar negara, namun perkara itu tidak membuatkan Quang Hai risau sebaliknya beliau lebih bersemangat.

“Fakta bahawa saya telah menerima cabaran untuk beraksi di luar negara merupakan kejayaan menurut saya peribadi. Adakah saya mampu untuk bersaing dan menyesuaikan diri? Itu masalah untuk masa hadapan,” tambahnya.

Sejak mula menyertai Hanoi FC kira-kira 15 tahun yang lalu, Nguyen Quang Hai telah berusaha dengan gigih untuk menjadi seorang pemain yang sempurna.

Beliau telah beraksi dengan Hanoi FC dalam 126 perlawanan dan menjaringkan 35 gol, 3 kali mengangkat piala kejuaraan V.League (2016, 2018 dan 2019), 2 kejuaraan National Cup (2019, 2020) dan 3 kali juara Vietnam Super Cup (2019, 2020 dan 2021).

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan bola sepak Asia Tenggara di sini:

Guangzhou FC Hantar Pemain Muda Bawah 22 Tahun Ke Saingan ACL 2022 Di Johor Bahru

Yusri Che Lah: Ada Pemain Jual Motosikal Untuk Kelangsungan Hidup

Pau Marti Mahu Penyokong Penuhi SNBJ Dan Cipta Sejarah Pada Jun Nanti