Berita mengenai kecederaan yang melanda pemain tengah Vietnam yang juga kapten skuad Sukan SEA mereka, Nguyen Quang Hai mengundang pelbagai reaksi dari pelbagai negara di Asia Tenggara khasnya.

Pemain yang baru berusia 22 tahun itu telah bermain dalam banyak perlawanan diperingkat kompetitif samada dalam saingan liga domestik, AFC Cup dan juga bersama skuad kebangsaan Vietnam.

Terkini, menurut beberapa media dari Vietnam melaporkan bahawa Nguyen Quang Hai telah beraksi dalam 125 perlawanan untuk 2 tahun terakhir ini, kombinasi bagi pasukan kebangsaan Vietnam dan juga kelab Hanoi FC.

Nguyen-Quang-Hai-alias-Lionel-Messi-dari-Vietnam-hampir-dipastikan-tak-lagi-bermain-di-SEA-Games-2019-zing.vn_

Berikut adalah statistik ringkas Nguyen Quang Hai dalam 2 tahun terkini;

Pasukan Vietnam:

Penampilan: 53 kali
Minit bermain: 4,263 minit
Jaringan: 17 gol
Bantuan gol: 11 kali

Hanoi FC:
Penampilan: 72 kali
Minit bermain: 5,814 minit
Jaringan: 20 gol
Bantuan gol: 21 kali

Jika diperhatikan, secara keseluruhannya Nguyen Quang Hai telah turun beraksi dalam 125 perlawanan, merekodkan 10,077 minit masa bermain, menjaringkan 37 gol dan melakukan 32 bantuan gol dalam tempoh 2 tahun terkini. Gila!

Selepas beraksi selama 168 jam diatas padang, akhirnya Nguyen Quang Hai telah mengalami kecederaan yang dilaporkan agak serius oleh pasukan perubat Vietnam semalam, dan telah dipastikan tidak akan turun dalam perlawanan bertemu Thailand petang ini.

yyj8clemuwxud8p3x2vk

Ramai penyokong bola sepak Vietnam menarik nafas lega apabila pemain tonggak mereka ini akhirnya mendapat ‘rehat’ selepas beraksi cukup cemerlang baik untuk kelab dan juga pasukan kebangsaan.

Tahun 2020 Vietnam akan turun ke Stadium Nasional Bukit Jalil untuk perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022 pada 31 Mac 2020, dan ini adalah perlawanan penting untuk kedua-dua pasukan meneruskan misi untuk layak ke pusingan ke 3 kelayakan Piala Dunia 2022.

Baca juga artikel lain berkaitan bola sepak Asia yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.

Beraksi Lebih 55 Perlawanan Musim 2019, Nguyen Quang Hai Terpaksa Berehat Panjang Akibat Kecederaan.

FIFA Ranking: Malaysia Melonjak 4 Kedudukan Ke Ranking 154 Dunia, Vietnam Kekal Dalam Top 100

Doan Van Hau Dan Nguyen Quang Hai Disenaraikan Dalam Skuad Sukan SEA Vietnam

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group