Beberapa hari yang lalu, pemain tersohor Vietnam Nguyen Quang Hai telah dikecam dengan teruk oleh netizen Vietnam selepas tersebar gambar beliau ‘menayangkan’ kereta mewah yang daru dibeli.

Berdasarkan artikel yang diterbitkan oleh Vietnam Football, Nguyen Quang Hai baru sahaja membeli sebuah kereta Mercedes GLC200 4Matic dengan harga lebih RM400,000.

Dealer Mercedes dimana beliau melakukan urusan pembelian itu telah mengadakan satu majlis penyerahan kunci kereta berkenaan kepada Nguyen Quang Hai yang turut dihadiri oleh ibu bapanya serta adiknya.

maxresdefault

Apa yang membuatkan para netizen bengang dan mengecam Nguyen Quang Hai adalah ketika negara serta rakyat lain sedang bertempur dengan penularan wabak COVID-19 yang semakin serius, majlis untuk meraikan penyerahan kunci itu dilihat sebagai seolah-olah tidak memperdulikan masalah yang dihadapi ketika ini.

Diantara komen netizen yang sempat kami ambil adalah;

“Semua tahu dia pemain yang berbakat besar, mampu membeli apa sahaja, tetapi ketika negara sedang berperang dengan COVID-19, ‘show-off’ sebegini telah menjatuhkan imej mereka.”

“Ada duit untuk beli kereta tetapi tiada duit untuk menderma. Ketika seluruh negara mengharapkan sumbangan, dia pergi beli kereta.”

quanghai-mercedes-benzandu_jxvz

Namun ada juga yang berfikiran sebaliknya dan menyatakan bahawa semuanya adalah pilhan pemain itu dah hak beliau samada untuk membeli kereta atau menderma.

“Dia beli kereta dengan duit sendiri. Kau tak boleh paksa dia untuk derma. Tak ada orang yang boleh paksa orang lain untuk buat sesuatu.

Berbeza dengan tindakan seorang lagi pemain skuad kebangsaan Vietnam, Nguyễn Văn Toản serta beberapa pemain lain yang melancarkan sumbangan serma kepada jawatankuasa SARI untuk membantu bebanan yang dihadapi oleh negara, telah menerima hamburan pujian dari kebanyakan rakyat serta peminat bola sepak Vietnam.

Baca juga artikel lain berkaitan bola sepak Malaysia yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.

Ketua Jurulatih Myanmar ‘Perlekeh’ FIFA Ranking Malaysia, Salah Satu Sebab Perlawanan Persahabatan Dibatalkan

“Kenapa Team AMD Pakai Jersi Lama, Logo Pun Dah Tercabut? Susah Sangat Mai Jumpa Saya” – KJ

Filipina Sah Naturalisasi Penjaring Terbanyak AFC Cup Dari Sepanyol Serta Bekas Penyerang UiTM FC Dari Senegal

Sumber