Pemain tengah muda yang sedang meningkat naik, Nguyen Quang Hai mendapat tumpuan daripada ketua jurulatih kelab Ulsan Hyundai, Kim Do-hoon apabila menyatakan bahawa pemain itu memiliki kualiti teknikal yang jarang dimiliki oleh pemain lain terutamanya dari rantau Asia Tenggara.

Quang Hai yang berusia 21 tahun, telah berjaya mempamerkan aksi berkualiti tinggi terutamanya ketika bersama skuad Vietnam U23 dalam kejohanan AFC U23 2018 di China sehingga berjaya membawa skuad itu muncul sebagai naib juara kejohanan.

Selain itu, aksi beliau ketika bersama skuad kebangsaan Vietnam dalam saingan Piala Asia 2019 di UAE juga memberikan satu indikasi jelas bahawa Quang Hai sudah perlu keluar untuk beraksi dalam sebuah liga yang lebih berkualiti untuk terus mengembangkan bakatnya.

nguyen quang hai

Kim Do-hoon yang sebelum ini pernah membimbing skuad remaja Incheon United dimana pada ketika itu Luong Xuan Truong merupakan salah seorang anak didiknya memberitahu bahawa beliau memilih Quang Hai sebagai pemain terbaik dari Vietnam ketika ini.

“Saya pernah melihat Luong Xuan Truong ketika bersama pasukan remaja Incheon United. Dia mempunyai kualiti teknikal yang baik tetapi perlu meningkatkan kekuatan fizikalnya.”

kim do-hoon

“Pada ketika ini, jika saya perlu memilih, saya akan pilih Quang Hai. Tidak ramai pemain dari Asia yang mempunyai kemahiran serta rembatan sepertinya.”

Skuad Ulsan Hyundai berada di Vietnam bagi menjalankan persiapan pra-musim menjelang sepak mula saingan K.League 1 musim 2019 – bertemu skuad Vietnam U22, Song Lam Nghe An (SLNA) FC, Viettel FC, Hai Phong FC pasukan V League 2,  Hong Linh Ha Tinh.

Wujud juga satu khabar dimana Quang Hai sedang dipantau oleh Ulsan Hyundai namun, pihak kelab telah menafikan perkara itu.

Sumber