Pemain bintang skuad kebangsaan Vietnam, Nguyen Quang Hai dilaporkan semakin hampir untuk menyertai salah sebuah kelab yang beraksi dalam saingan divisyen dua Liga Perancis.

Perkara ini dikongsikan oleh Asean Football menerusi laman media sosial Twitter dimana kelab yang dimaksudkan ialah Pau FC, kelab yang menamatkan saingan Ligue 2 musim lalu di tangga ke-10.

Pau FC yang dibimbing oleh Didier Tholot menamatkan saingan Ligue 2 musim lalu di tangga ke-10 dimana mereka mengutip 49 mata hasil daripada 14 kemenangan, 7 seri dan mengalami 17 kekalahan sepanjang musim.

Sebelum ini, Quang Hai dikaitkan dengan satu lagi kelab divisyen dua Perancis iaitu Nîmes Olympique yang mana pasukan itu menghuni tangga ke-9 dalam carta liga pada saingan musim 2021/2022.

Pada peringkat awal ketika Nguyen Quang Hai dilaporkan bakal beraksi di Eropah, beliau dikaitkan dengan saingan Liga Austria iaitu LASK dimana kedua-dua pihak dilaporkan telah mencapai persetujuan dan kesepakatan dan hanya menunggu kontrak rasmi untuk ditandatangani oleh bekas pemain Hanoi FC itu.

Akan tetapi, tiada perkembangan lanjut daripada LASK mengenai kontrak yang bakal ditandatangani sekaligus menyebabkan pemain yang membantu Vietnam memenangi saingan Piala AFF Suzuki edisi 2018 itu gagal beraksi dalam saingan liga Austria.

Menurut laporan media Vietnam, presiden kelab iaitu Bernard Laporte-Fray memilih Quang Hai kerana kreativiti serta gaya permainan pemain itu yang dianggap baik. Bernard juga memberikan kontrak selama dua tahun dan pilihan untuk melanjutkan untuk tempoh setahun lagi kepada pemain ini sebagai usaha untuk memastikan Quang Hai mempunyai masa bagi menyesuaikan diri dengan pasukan dan juga saingan liga.

Quang Hai dijadualkan menjalani ujian perubatan pada Khamis ini dan sekiranya semua berjalan lancar, maka beliau akan menandatangani kontrak bersama Pau dan bakal mencipta sejarah sebagai pemain Vietnam pertama yang beraksi dalam saingan Liga Perancis.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan bola sepak Asia di sini:

JDT Bakal Menerima Pelaburan Bernilai 8 Juta Euro Dalam Tempoh Tiga Tahun

AFC Cup 2022: Letih Lawan Kedah Punca Bali United Dibantai Kelab Kemboja 5-2

TMJ Dedahkan Jordi Amat Bakal Sarung Jersi JDT