Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Tonggak utama pasukan kebangsaan Vietnam, Nguyen Quang Hai mendedahkan bahawa sebenarnya hanya pasukan Thailand yang menjadi batu penghalang mereka dalam saingan kumpulan G kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Beliau mengakui bahawa bertemu pasukan Malaysia bukan satu perlawanan yang mudah namun masih lagi berada dalam kawalan mereka berbanding menentang pasukan Thailand yang dilihat sebagai pencabar paling sukar dan satu-satunya pesaing utama dalam kumpulan G.

Pertembungan diantara skuad ‘Gold Starts’ dan juga ‘War Elephants’ dalam kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 telah berakhir dengan keputusan seri kedua-dua perlawanan dan Vietnam akan turun ke Kuala Lumpur untuk berentap dengan malaysia pada 31 Mac 2020 nanti.

89252dc468a959bc991c380c7c1293e6

“Bertemu pasukan kebangsaan Malaysia mungkin bukan satu tugas yang mudah. Tetapi Thailand adalah satu-satunya pasukan yang memberikan masalah kepada Vietnam.

“Pasukan lain mungkin agak sukar untuk diatasi, tetapi kami masih lagi mampu mengawal permainan, berbeza dengan pasukan Thailand dimana mereka mempunyai satu tonik untuk bermain dengan cukup baik dan berkeyakinan tinggi.

“Walaupun pasukan Thailand tewas kepada Malaysia, mereka tidak menunjukkan apa yang mereka ada sebenarnya. Ketika bertemu Vietnam dalam perlawanan ke-2, mereka sangat sukar dan jika tidak kerana kehebatan Dang Lam, kami mungkin terpaksa berputih mata.

thong-ke-sieu-an-tuong-cua-quang-hai-sau-ban-thang-dang-cap-the-gioi-vao-luoi-malaysia-bb-baaad3yU6P

“Ketika mereka (Thailand) beraksi bertemu Vietnam, pemain-pemain mereka cenderung untuk bermain lebih baik dari biasa, seperti Malaysia yang beraksi lebih baik ketika bertemu Thailand. Namun, kami yakin semuanya dalam kawalan kami, berbeza dengan pertemuan dengan pasukan kebangsaan Thailand.

Ketika ini dalam saingan kumpulan G, Vietnam mendahului kedudukan dengan kutipan 11 mata, diikuti rapat oleh Malaysia dengan 9 mata. Vietnam juga muncul sebagai pasukan tunggal dalam kumpulan itu yang masih mengekalkan rekod tanpa kalah selepas 5 perlawanan.

Baca juga artikel lain berkaitan bola sepak Asia yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.

Syarikat Korea Selatan Muncul Sebagai Penaja Utama Saingan 2 Divisyen Utama Liga Bola Sepak Vietnam

Kawin Thamsatchanan Dirisik Kelab J1 League, Hokkaido Consadole Sapporo Untuk Mengisi Posisi Penjaga Gol

Sesi Orientasi Komunikasi 3 Hari 2 Malam Yang Wajib Dilalui Pemain Muda Sebelum Beraksi Secara Profesional

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group