Desas-desus mengenai status pemain ternama Vietnam yang bersama kelab Jupiler Pro League, Sint-Truiden VV iaitu Nguyen Cong Phuong terjawab hari ini selepas Ho Chi Minh City FC mengesahkan pemain itu akan kembali beraksi dalam saingan V.League musim 2020.

HCMC FC baru sahaja sebentar tadi mengemaskini perkembangan itu melalui laman sosial media rasmi mereka dan menyatakan Nguyen Cong Phuong akan memakai jersi bernombor 21 musim hadapan.

Dengan perkembangan ini, HCMC FC akan melakukan persiapan lebih rapi untuk menghadapi saingan AFC Champions League 2020 nanti dengan kehadiran pemain yang cukup berbahaya seperti Cong Phuong dalam pasukan. Mereka dijadualkan akan menentang gergasi bola sepak Thailand, Buriram United.

Sepanjang berada di Belgium, Nguyen Cong Phuong yang berstatus pemain pinjaman dari hanya sekali diturunkan dalam saingan liga bersama Sint-Truiden VV ketika tumpas 0-6 bertemu Club Brugge.

Di HCMC FC nanti, Nguyen Cong Phuong akan bergandingan dengan bekas pemain Liverpool iaitu David Ngog untuk mencabar barisan kuat Hanoi FC dalam musim 2020.

Artikel berkaitan dengan bola sepak Asia dibawah telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.

Park Hang-seo Kekal ‘Unbeaten’ Di Asia Tenggara, Tamatkan Badi 60 Tahun Pingat Emas Sukan SEA Untuk Vietnam

Dibuang Padang Bertemu Vietnam, ‘Center Back’ Utama UAE Ini Tidak Dapat Diturunkan Bertemu Malaysia

Nguyen Quang Hai Telah Beraksi Dalam 125 Perlawanan Dalam Tempoh 2 Tahun, Catat Lebih 10,000 Minit Masa Bermain

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group