Pemain bintang pasukan kebangsaan Vietnam, Nguyen Cong Phuong dilaporkan sah akan menyertai sebuah pasukan yang beraksi dalam saingan Belgium First Division A (liga divisyen 1 Belgium), Sint-Truiden VV.

Menurut laporan dari media Vietnam, kelab asal Nguyen Cong Phuong, Hoang Anh Gia Lai (HAGL), mengesahkan perkara tersebut hari ini, menamatkan sesi percubaan mencari kelab yang dilakukan oleh pemain tersebut selepas beraksi untuk kelab dari Korea Selatan, Incheon United.

Dalam laporan itu juga menyebut, Nguyen Cong Phuong akan menyertai Sint-Truiden VV secara pinjaman selama 1 musim dan majlis menandatangani kontrak akan diadakan pada 5 Julai 2019.

jGzqpsCb

Pada awal bulan Jun 2019, VocketFC melaporkan bahawa Nguyen Cong Phuong meninggalkan kelab Incheon United selepas berjaya melakukan 8 penampilan bersama skuad Blue-Black bagi menyertai sesi percubaan dengan kelab divisyen 2 Perancis.

https://twitter.com/vietfooty/status/1146038998726524929?s=21

Zing VN turut membuat laporan bahawa Cong Phuong akan berada di Perancis selama 1 bulan dari 15 June hingga 15 Julai bagi menjalani sesi percubaan disana, dan kemungkinan gagal mendapatkan tempat di Perancis, beliau terus berada di eropah untuk mendapatkan kontrak.