Menurut sebuah laporan dari portal sukan Korea Selatan – Chosun Sports, penyerang licik Vietnam, Nguyen Cong Phuong sah akan menyertai sebuah Incheon United yang beraksi dalam saingan K1 League bagi musim 2019.

Aksi Nguyen Cong Phuong diperingkat kelab serta bersama skuad kebangsaan dalam kejohanan Piala Asia 2019 dilihat sebagai platform yang berjaya menyerlahkan bakatnya untuk menarik minat beberapa buah kelab dari pelbagai negara terutama Thailand, Korea Selatan dan juga Jepun.

Pada kejohanan Piala Asia 2019 yang lalu, skuad Vietnam berjaya mara sehingga ke peringkat suku akhir dan Nguyen Cong Phuong cukup lincah memecah benteng pertahanan lawan yang kelihat lebih gah diatas kertas. Kira-kira setahun lalu juga, aksi beliau bersama skuad Vietnam U23 berjaya mengejutkan ramai pihak apabila berjaya membantu skuad bimbingan Park Hang-seo muncul sebagai naib juara kejohanan AFC U23 2018 di China.

luong xuan truong

Incheon United juga bukanlah kelab luar negara pertama yang berjaya mendapatkan khidmat pemain berusia 24 tahun dari Vietnam ini kerana pada musim 2016, beliau telah dipinjamkan ke sebuah kelab J2 League, Mito Hollyhock selama 1 musim bersama-sama rakan sepasukan ketika itu Nguyen Tuan Anh (Yokohama FC).

Bagi kelab Incheon United pula, kemasukan Nguyen Cong Phuong secara pinjaman ini pula bukanlah sesuatu yang asing kerana sebelum ini mereka telah membawa Luong Xuan Truong pada 2016 juga sebagai pemain pinjaman. Kedua-dua mereka ini adalah hasil produk keluaran HAGL – Arsenal JMG Academy.

Sumber