Bekas pemain pertahanan Vietnam, Hoang Anh Tuan membuat pendedahan mengenai kegagalan salah satu pemain bintang skuad The Golden Dragons, Nguyen Cong Phuong ketika menyarung jersi Incheon United.

Anh Tuan yang juga pernah menjadi jurulatih skuad B-19 tahun Vietnam berkata beliau dan Juergen Gede, yang pernah bekerjasama dengannya telah bercakap dengan Jorn Andersen, jurulatih ketika Cong Phuong beraksi bersama Incheon.

Menurut Anh Tuan, Jorn sebenarnya mahu pemain di posisi lain dan bukannya Cong Phuong yang beraksi di posisi serangan bagi memperkuatkan pasukan.

Nguyen Cong Phuong
Sumber Gambar: Goal.com

“Ketika diberikan pemain (Cong Phuong), ia tidak menepati dengan apa yang dimahukan oleh Jorn. Beliau cuba sedaya-upaya bagi memastikan Cong beraksi dalam kesebelasan utama.

“Akan tetapi, semua menjadi sia-sia kerana beliau tidak menepati filosofi yang diterapkan oleh Jorn. Kita tahu Cong merupakan pemain yang bagus. Malah Incheon turut mengakui perkara tersebut.

“Namun beliau bukanlah pemain yang dimahukan oleh Jorn ketika itu. Itu merupakan faktor mengapa beliau gagal,” kata Anh Tuan.

Nguyen Cong Phuong
Nguyen Cong Phuong

Nguyen Cong Phuong mencipta kejutan pada awal 2019 lalu apabila beliau menyertai Incheon secara pinjaman dari Hoàng Anh Gia Lai.

Namun, prestasi yang tidak menentu menyebabkan Incheon melepaskan Cong dan pemain itu kemudiannya menyertai kelab Belgium, Sint-Truidense.

Cong sekali lagi gagal mencipta impak dan beliau kembali ke Vietnam dimana ketika ini pemain berusia 25 tahun itu beraksi bersama Ho Chi Minh City FC.

Baca artikel lain mengenai pemain skuad kebangsaan Vietnam di sini:

Calon Pemain Kacukan Terbaru Vietnam Ini Sah Akan Beraksi Dalam Saingan UEFA Europa League 2020/2021

Kerana Gaji Terlalu Tinggi, SC Heerenveen Tidak Sambung Kontrak Doan Van Hau

Pengurus Perniagaan Global J-League Percaya Nguyen Quang Hai Mampu Menyinar Di Jepun