Bekas pengendali Harimau Muda A, Mohd Azraai Khor Abdullah menganggap Program Pembangunan Bolasepak Negara (NFDP) sebagai berjaya dan berkesan dimana program tersebut sudah terbukti dapat melahirkan pemai muda yang mempunyai kualiti terbaik.

Menurut bekas ketua jurulatih pasukan Kedah itu, kecemerlangan skuad B-15 dan B-18 dalam kejohanan Piala AFF baru-baru ini membuktikan bahawa skuad Harimau Malaya bukan lagi pasukan belasahan dan pemai muda ini akan membentuk pemain senior yang lebih baik pada masa akan datang.

MOHD AZRAAI KHOR ABDULLAH / NEGERI SEMBILAN
SEREMBAN 08 MAC 2018. Jurulatih baru Negeri Sembilan, Mohd Azraai Khor Abdullah ketika sesi latihan skuad Negeri Sembilan di padang Universiti Teknologi Mara (UiTM), Seremban 3. STR/ADZLAN SIDEK

“Sudah tentu kecemerlangan mereka menarik minat pasukan daripada liga tempatan dan tidak hairan ada juga kelab luar mungkin akan memancing mereka nanti. Keberkesanan NFDP sudah terbukti sekarang dan diharap program terbabit diteruskan pada masa akan datang selain ditambah baik lagi,” kata Azraai menurut laporan Harian Metro.

Prestasi cemerlang yang ditunjukkan oleh pemai muda negara dijangka bakal mengubah lanskap bola sepak tempatan pada musim hadapan.

Beberapa pemain skuad B-18 tahun negara dikhabarkan telah menerima tawaran daripada pasukan yang beraksi dalam saingan Liga Super.

Sikh Izhan Nazrel
Sikh Izhan Nazrel. Sumber Gambar: Stadium Astro
Sumber Gambar: Stadium Astro

Antaranya penjaga gol, Sikh Izhan Nazrel yang dikatakan dilamar oleh juara Piala Malaysia sebanyak 33 kali iaitu pasukan Selangor. Umar Hakeem Suhar Redzuan pula dikhabarkan telah menerima tawaran untuk menyertai juara Liga Super musim ini, Johor Darul Ta’zim.

Seramai enam pemai skuad B-18 akan berangkat ke Jepun bagi menjalani latihan bersama kelab yang beraksi dalam saingan J1 League, Cerezo Osaka.

Berikut kami rangkumkan artikel-artikel lain mengenai pemai muda negara:

Pemain Skuad Malaysia B-18 Jadi Buruan Pasukan Liga Super

5 Pemain Malaysia Yang Menyinar Dalam Kejohanan AFF B-18 Pilihan Vocket FC

Brad Maloney Bangga Dengan Pencapaian Skuad B-18 Tahun Negara