Neymar merupakan salah seorang pemain terbaik di dunia pada ketika ini.

Namun oleh kerana beliau beraksi bersama dengan PSG maka beliau kerapkali tidak dipedulikan oleh media.

Menjelang aksi Liga Juara Juara Eropah yang akan bersambung semula, Neymar telah memberikan penilaian ke atas prestasinya sendiri.

Di mana menurut Neymar beliau kini berada dalam prestasi terbaik di dalam kariernya.

Neymar baru sahaja membantu PSG menamatkan saingan sebagai Juara Ligue 1 dan juga juara Piala Liga Perancis.

Pemain yang dibeli dengan nilai rekod dunia €222 juta dari Barcelona pada 2017 telah memenangi 9 trofi bersama PSG.

Dalam tempoh tersebut beliau sudah menjaringkan 74 gol daripada 85 penampilan dalam semua pertandingan.

Neymar berterusan dikaitkan dengan kepulangan semula ke Barcelona. Ini selepas berlaku sedikit konflik beliau dengan pemilik PSG pada awal musim.

neymar-kylian-mbappe-psg-2019-20_rnsyi99snmaj19iega0alkwe9

Namun PSG tidak mahu menjual Neymar dengan harga di bawah apa yang mereka pernah bayar.

Ia telah membuatkan Neymar terpaksa kekal di PSG. Tetapi atas dasar profesional di atas padang, Neymar telah melupakan perkara itu dan memberikan aksi terbaik di atas padang.

“Dalam tiga tahun ini telah memberikan banyak ilmu. Saya menikmati detik gembira dan beberapa detik sukar, terutama sekali terpaksa tak bermain kerana kecederaan,” tegas Neymar seperti yang dilaporkan oleh laman rasmi PSG.

“Dengan bantuan daripada rakan rakan saya, ianya membuatkan saya mampu untuk mengatasi segala halangan dan berjaya fokus di dalam perkara yang penting untuk semua orang – di mana prestasi kami di atas padang diterjemahkan dengan kejayaan menjulang trofi.

“Para penyokong kami, dan kelab serta semua penyokong lain dapat melihat cara kami bermain di dalam perlawanan.”

“Saya percaya pada hari ini saya sedang menikmati kehidupan terbaik di Paris. Kami membentu keluarga untuk mencapai objektif lebih besar di hadapan kami semua.”

Neymar kemudian menyatakan beliau dan rakan rakan mahu menjulang Liga Juara Juara Eropah pada musim ini – menjelang aksi berdepan dengan Atalanta.

“Kami mahu menandakan musim ini sebagai juara. Kami akan berjuang untuk ini, keran kami tidak pernah sedekat ini.”

Baca juga perkembangan lain dari Eropah

Arsenal Cari Pembeli Mkhitaryan Untuk ‘Top Up’ Gaji Willian

Panel Timbang Tara Tolak Rayuan Wigan, Bermakna Mereka Tersingkir Ke Liga 1

Depay: Kami Tak Takut Nak Singkir Juventus