Bintang Brazil dan Paris Saint-German (PSG), Neymar mencuri tumpuan peminat bola sepak dunia apabila menderma secara rahsia sebanyak 750,000 pound (RM4 juta) bagi membantu memerangi wabak pandemik COVID-19.

Pada mulanya, beliau enggan membenarkan namanya didedahkan sebagai penderma namun sebuah program televisyen di Brazil, Fofocalizando akhirnya berjaya mendapat maklumat lalu menyiarkan namanya sebagai penyumbang wang tersebut.

Wang sumbangannya itu disalurkan kepada Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) selain beberapa tabung yang ditubuhkan selebriti lain.

Sumbangan diberikan oleh pemain yang berusia 28 tahun itu akan membantu merawat pesakit yang dijangkiti COVID-19 selain memberi bantuan kepada pihak yang menghadapi kesukaran disebabkan impak wabak pandemik berkenaan.

Selain Neymar, bintang Manchester United, Paul Pogba yang juga pemain antarabangsa Perancis turut menyumbangkan kutipan derma lebih 27,000 pound (RM143,042) kepada UNICEF bulan lalu.

Kes jangkitan COVID-19 di seluruh dunia kini sudah mencecah angka 1 juta orang. Menurut data yang dikeluarkan Universiti Johns Hopkin, virus itu setakat ini telah membunuh lebih 51,000 dengan angka korban terbesar dicatat di Itali, diikuti Sepanyol dan AS.

Data yang direkod menunjukkan 100,000 kes pertama dicatat sekitar 55 hari, manakala 500,000 kes direkod dalam 76 hari. Angka kes meningkat sekali ganda kepada 1 juta sepanjang lapan hari lalu.

Baca artikel lain mengenai kisah pemain bola sepak menderma untuk memerangi waabak COVID-19.

Son Heung-min Derma Lebih RM300,000 Perangi Wabak Coronavirus

Park Hang-seo Sahut Seruan Perdana Menteri Vietnam, Derma RM21,667 Untuk Tabung Pencegahan COVID-19