Brazil berjaya mengatasi Costa Rica 2-0 dalam perlawanan peringkat kumpulan hasil jaringan Philippe Countinho dan juga Neymar pada minit-minit terakhir masa tambahan.

Gol Neymar itu juga membolehkan beliau mengatasi rekod penyerang lagenda Brazil, Romario dengan jumlah 56 gol dijaringkan sepanjang penampilan bersama pasukan samba itu.

Romario sebelum ini berada dikedudukan ke 3 senarai dengan 55 jaringan, turun ke tangga ke 4 dari senarai penjaring gol terbanyak Brazil sepanjang zaman.

 

Kedudukan 2 teratas masih kekal milik Pele dengan 77 gol dijaringkan dan di tempat kedua pula milik Ronaldo Luis Nazario de Lima dengan 62 jaringan – perbezaan hanya 6 gol sahaja berbanding Neymar.

Gol Paling Lewat Dijaringkan Dalam Masa Penuh Permainan

Selain itu juga, gol jaringan Neymar pada waktu kecederaan 96 minit 46 saat (mengikut rekod dari Opta), merupakan gol paling lewat dijaringkan dalam masa penuh permainan sejak tahun 1966 di pentas Piala Dunia.

Dengan kemenangan ini juga, menjadikan Costa Rica pasukan terbaru tersingkir dari saingan Piala Dunia Russia 2018 selepas gagal mengutip sebarang mata berbaki 1 perlawanan dalam kumpulan E.