Mulai 1 Disember yang lalu pihak Buriram United sudah membuka tempahan jersi baru mereka untuk musim 2020 selama 8 hari untuk semua penyokong mereka membuat tempahan awal.

Ramai yang mungkin sedar bahawa jersi mereka tidak mempunyai ‘brand’ baik dari syarikat tempatan Thailand mahupun syarikat luar negara. Mereka dikatakan menghasilkan jersi mereka secara ‘in-house’ dan dari pencarian kami jersi Buriram United dihasilkan oleh kilang Syntrel.

Dalam website kilang Syntrel itu ada satu video dimana Newin Chidchob selaku pemilik kelab Buriram United memberikan penjelasan mengapa kelab menggunakan jersi tanpa jenama.

Screenshot 2019-12-10 at 10.30.38 PM

“Buriram United tidak menggunakan mana-mana brand di jersi kelab kerana apabila ada brand, harga jersi akan naik. Bila harga mahal, penyokong akan susah kerana pendapatan mereka tidak banyak.

“Kami lebih memberikan fokus dan perhatian kepada penyokong. Dari segi kualiti pula jersi yang mereka gunakan mempunyai kualiti kain yang sama dengan jenama seperti Nike, Adidas, Umbro dan lain-lain tetapi harga tidak mahal.

Screenshot 2019-12-10 at 10.16.27 PM

Dalam laman web syarikat itu juga dengan jelas memaparkan beberapa jenama tersohor antarabangsa yang menggunakan khidmat Syntrel untuk menghasilkan produk mereka seperti Under Armour, FILA, Reebok dan banyak lagi.

Buriram United pernah juga mencatatkan jualan jersi musim 2019 sebanyak RM16.13 juta selepas 31 hari dibuka untuk jualan!

Baca juga artikel lain berkaitan Buriram United yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.

3 Fakta Menarik Mengenai Jersi Buriram United Sempena Ulang Tahun Ke 10 Penubuhan Kelab

Buriram United Jana RM3.52 Juta Hasil Jualan Jersi Pada Hari Pertama Pelancaran

14 Botol Plastik Kitar Semula Untuk Hasilkan Sehelai Jersi, Buriram United Lancar Tempahan Jersi Musim 2020

Sumber