Manchester United ternyata memiliki masalah ketumpulan serangan dalam aksi kali ini. Dan ianya membuatkan mereka keciciran mata berdepan dengan Newcastle dalam aksi Liga Perdana Inggeris yang berlangsung di Old Trafford.

United berharap untuk meneruskan rentak kemenangan selepas menewaskan Omonia.

Cristiano Ronaldo diberikan tempat dalam kesebelasan utama pada aksi kali ini. Ronaldo diberikan penghargaan khas sempena kejayaannya menjaringkan gol ke-700 dalam karier kelabnya minggu lalu.

Selain Ronaldo, David De Gea turut diberikan penghargaan khas oleh kelab sempena aksi ke-500 penjaga gol dari Sepanyol itu untuk Setan Merah.

Separuh masa pertama

Newcastle mendapat peluang awal menerusi Callum Wilson. Dia meminta penalti selepas mendakwa dikasari Raphael Varane. Namun pengadil tidak mengendahkan rayuan penalti tersebut.

Newcastle mendapat peluang terbaik dalam perlawanan ini. Bermula daripada sepakan percuma Kieran Trippier. Percubaan pertamanya dihadang namun pemain antarabangsa England itu masih berjaya melorongkan hantaran kepada Joelinton. Bola terkena tiang dan kemudian palang.

Separuh masa pertama Man Unite bergelut untuk mencipta peluang. Dan aksi berakhir dengan 0-0 untuk 45 minit pertama.

Separuh masa kedua

Bersambung babak kedua, Cristiano Ronaldo bergandingan dengan Antony untuk menghasilkan gol. Tetapi pengadil membatalkan gol itu kerana ofsaid. Semakan VAR turut mengesahkannya.

Pada minit ke-52, Ronaldo sekali lagi mendapat bola. Kali ini dia menerima hantaran daripada Bruno Fernandes. Tetapi Trippier bertahan dengan sangat baik untukĀ  menekan pemain legenda dari Portugal itu.

Ronaldo dikeluarkan pada minit ke-72, dengan Marcus Rashford masuk. Ronaldo kelihatan agak kecewa dikeluarkan.

Tidak lama kemudian Rashford terus mencipta peluang terbaik untuk Fred, selepas Rashford menggelecek Nick Pope. Namun malangnya Fred tidak dapat memasukkan bola tersebut.

Pada masa kecederaan, Rashford memiliki peluang terbaik untuk menjaringkan gol kemenangan dengan tandukan kilas. Namun bola tersasar. Itu adalah peluang terakhir dan peluang terbaik untuk Rashford menjadikan dirinya wira kemenangan United.

Tamat perlawanan, ketumpulan serangan Manchester United membuatkan mereka terikat dengan Newcastle.

Aksi seterusnya, Manchester United akan berhadapan dengan Tottenham Hotspur diikuti aksi berdepan dengan Chelsea.