Nick Pope nampaknya harus meratapi penggantungannya daripada aksi final Piala Carabao, menentang Manchester United yang akan dilangsungkan hujung bulan ini.

Liverpool menghidupkan harapan mereka untuk mengejar slot empat teratas dengan kemenangan 2-0 ke atas pasukan tangga keempat, Newcastle United.

Ianya kemenangan kedua berturut turut dicatatkan Liverpool selepas permulaan tahun 2023 yang teruk. Sebelum ini mereka menang menentang musuh sebandar, Everton.

Dalam perlawanan yang sama, Nick Pope dibuang padang dan membuatkannya digantung daripada perlawanan final Piala Carabao.

Newcastle hanya tewas sekali – kepada Liverpool April lalu. Dan dalam aksi di St James’ Park, mereka menelan satu lagi kekalahan di tangan Liverpool.

Gol pertama Darwin Nunez dalam Liga Perdana sejak November membolehkan Liverpool mendahului.

Kemudian, penyerang baharu The Reds, Cody Gakpo menjaringkan gol untuk dua perlawanan berturut-turut.

Pada minit ke-22 segalanya menjadi serba tak kena buat Newcastle apabila Nick Pope dilayangkan kad merah.

Dalam konteks lebih buruk, Pope akan terlepas aksi berdepan Man United dalam aksi Piala Carabao. Dengan Martin Dubravkska sudah dikira cup-tied kerana pernah muncul bersama pasukan lain untuk pertandingan itu.

Kini Newcastle ada pilihan ketiga iaitu Lloris Karius.

Walaupun bermain dengan 10 pemain dalam tempoh yang lama, anak anak buah Eddie Howe mengatasi kelemahan itu dengan baik dan mempunyai peluang untuk merapatkan jaringan.

Tetapi palang dan Alisson menjadi penghalang mereka. Alisson melakukan 2 penyelamatan luar biasa dalam perlawanan ini.

Dengan kemenangan ini, Liverpool kini hanya dibezakan 6 mata daripada 4 teratas.

Saksikan rangkuman aksi di sini: