Baru-baru ini, peminat bola sepak tempatan dikejutkan dengan berita sebuah kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Newcastle United dikhabarkan berminat untuk mendapatkan khidmat penyerang skuad B-19 Tahun negara, Luqman Hakim Shamsudin.

Perkembangan itu didedahkan oleh ejen yang berpangkalan di London iaitu EL-EF Sport. Salah seorang ejen EL-EF yang mewakili Luqman iaitu Lionel Foy mengesahkan tawaran itu wujud namun belum ada keputusan muktamad.

Bagaimanapun, jurucakap Newcastle United ketika dihubungi oleh Sinar Harian, menafikan mereka mempunyai perancangan untuk mendapatkan pemain yang berusia 18 tahun itu kerana diambang proses pertukaran pemilik kelab.

“Memang tiada sebarang perjanjian (untuk membawa Luqman ke Newcastle).

“Kelab ini (Newcastle) sedang fokus untuk kembali pulih daripada pandemik Covid-19 dan memberikan perhatian pengambilan pemilik kelab baharu dalam tempoh akan datang.

“Newcastle dapat mengesahkan bahawa tiada sebarang perjanjian atau rundingan buat Luqman buat masa ini,” katanya.

EaUHMkcX0AIuuuo

Luqman bersama ejennya, Lionel Foy.

Bulan lalu, media eropah melaporkan Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman, mahu mengambil alih kelab tersebut dengan saham pemilikan sebanyak 80%.

Namun, 10 kelab Liga Perdana Inggeris ‘menentang’ pengambilalihan Newcastle oleh Putera tersebut. Ini selepas kerajaan Saudi dikaitkan dengan skandal mencabuli hak asasi manusia dan juga terlibat dalam penstriman haram EPL di Timur Tengah.

Selain Newcastle United, sebuah lagi kelab dari Jerman, Bayern Leverkusen turut dilaporkan berminat untuk mendapatkan Luqman. Pada tahun ini, Luqman sepatutnya menyertai kelab Belgium, KV Kotrijk namun ia terpaksa ditangguhkan susulan penularan wabak pandemik COVID-19.

Baca artikel lain mengenai perkembangan pengambilalihan Newcastle United melalui pautan dibawah.

Mohammed Bin Salman Mungkin Tak Jadi Beli Newcastle Sebaliknya AS Roma

EPL Janji Pertimbangkan Tuntutan Tunang Kashoggi Untuk Halang Pemilikan Saudi Di Newcastle

CEO Premier League Akui Proses Pengambilalihan Newcastle Adalah Paling Rumit

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group