Perkembangan terbaru mengenai Luqman Hakim menyaksikan salah satu kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Newcastle United dikhabarkan menawarkan kontrak kepada penyerang skuad B-19 Tahun negara itu.

Newcastle menjadi sebutan setelah Luqman menandatangani kontrak bersama sebuah ejen yang berpangkalan di London iaitu EL-EF Sport. Slah seorang ejen EL-EF yang mewakili Luqman iaitu Lionel Foy dikhabarkan mempunyai hubungan dengan Newcastle.

Sebelum ini, sebuah kelab yang tidak diketahui namanya yang beraksi di saingan EPL mahu mendapatkan khidmat Luqman selain kelab dari Belgium, KV Kotrijk. Kelab tersebut mahu mengukuhkan reputasi mereka di rantau Asia Tenggara dan Luqman dilihat mampu menyumbang dalam usaha tersebut.

Kelab tersebut bersetuju untuk meminjamkan pemain itu ke KV Kortrijk selama dua ke tiga musim Tujuannya ialah bagi memastikan pemain berusia 18 tahun itu mendapat minit bermain yang cukup selain memperoleh visa untuk beraksi di England pada masa akan datang.

Baca artikel lain mengenai Luqman Hakim di sini:

Kelab Liga Perdana Inggeris Berminat Dapatkan Khidmat Luqman Hakim

TMJ: Luqman Hakim Bukan Dibeli KV Kortrijk, Tetapi Tan Sri ‘Terpaksa’ Ambil Sebab Ada ‘Special Request’

Luqman Hakim Sah Diuruskan Oleh Ejen Berpangkalan Di London, EL-EF Sport Bakal Terokai Peluang Untuk Penyerang Muda Malaysia