Selepas berjaya mendapatkan khidmat Kieran Trippier dan Chris Wood, tumpuan Newcastle United pada ketika ini beralih pula kepada tonggak utama Atalanta dan Jerman, Robin Gosens.

Menurut sumber Football Italia, bek kiri berusia 27 tahun itu amat berminat untuk mengembangkan kariernya ke Liga Perdana Inggeris meskipun mendapat tentangan daripada kelab Serie A tersebut.

Gosens yang beraksi cemerlang dalam kempen Euro 2020 dilaporkan turut bersetuju dengan syarat peribadi untuk menerima tawaran kontrak selama tiga musim bernilai €3.5 juta bersih bagi setiap musim.

Ini bermakna sekiranya Gosens sah menyertai Newcastle United, beliau akan menerima kenaikan tiga gali ganda berbanding gajinya ketika bersama Atalanta.

Dengan suntikan dana daripada pemilik baharu, nilai tersebut dilihat tiada masalah buat Newcastle United dalam usaha mereka untuk bangkit daripada zon penyingkiran dimana The Magpies kini berada di tangga ke-19 dengan hanya 12 mata mampu diraih.

Bagaimanapun, Gosens kini sedang bergelut dengan kecederaan hamstring apabila beliau hanya sempat beraksi pada lapan aksi awal dan masih dalam proses pemulihan.

Sejak menyertai kelab berpangkalan di Bergamo itu pada tahun 2017, Robin Gosens telah menjaringkan 29 gol dan mencipta 21 bantuan jaringan pada 157 penampilannya dalam semua pertandingan.

Meskipun Atalanta difahamkan masih belum bersedia untuk melepaskan sandaran utama mereka itu, tetapi dalam bola sepak moden tiada apa yang mustahil untuk direalisasikan.

Teruskan membaca artikel-artikel lain seperti dibawah.

Kelantan Berjaya Jana Pendapatan Lebih RM1 Juta Dalam Masa Dua Hari

Dikaitkan Dengan Barcelona, Robin Gosens Ambil Sikap Tunggu Dan Lihat

Dybala Bengang Juventus Tarik Balik Tawaran Dan Sedia Lepaskannya Percuma