Selepas pengambilalihan diselesaikan, pemilik baharu Newcastle United dilaporkan mahukan beberapa nama besar untuk dibawa masuk ke dalam pasukan.

ESPN melaporkan bahawa, kedudukan Steve Bruce akan dalam bahaya walaupun beliau pada awalnya diberikan janji akan diberikan peluang untuk membuktikan dirinya.

Pemilik baharu percaya, pasukan yang bagus harus memiliki pengurus yang berkaliber seperti Pochettino ataupun Max Allegri.

Ia memerlukan Steve Bruce melakukan kerja luar biasa pada baki musim ini untuk menyakinkan konsortium PCP Capital Partners yang disokong oleh Saudi.

Namun itu bukan perkara mudah, kerana Newcastle hari ini bukanlah pasukan sarat bintang.

Selain daripada Pochetino dan Max Allegri, bekas pengurus Newcastle, Rafa Benitez dan juga pengurus Borussia Dortmund Lucien Favre – turut berada dalam senarai calon.

Untuk pemain pula, Newcastle mengintai khidmat Edinson Cavani walaupun sebelum ini pemain tersebut menyatakan beliau hanya mahu ke Atletico.

Tetapi Newcastle sedia menawarkan gaji sangat lumayan kepada beliau.

Selain Cavani, seorang lagi pemain yang ada kaitan dengan Napoli iaitu, Dries Mertens juga di dalam radar mereka.

Pemain Chelsea, Willian masih belum melanjutkan kontrak beliau di Chelsea. Dan Newcastle sudah sedia untuk berbincang dengan pemain itu bagi menyertai mereka.

Dalam perkembangan yang lain, Yasir Al Rumayyan, rakan baik kepada Putera Mahkota Mohammed bin Salman, akan dilantik menjadi pengerusi baharu kelab.

Baca juga perkembangan lain bola sepak Eropah:

Pengambilalihan Newcastle: Putera Mahkota Saudi Sudah Bayar Wang Pendahuluan

Pengambilalihan £300 Juta Newcastle Dipersetujui, Tunggu Pengesahan EPL

Berapa Jumlah Kerugian Yang Ditanggung EPL Jika Liga Dibatalkan?