Legenda Manchester United, Gary Neville berpendapat bahawa pemain sayap kelab tersebut, Jesse Lingard tidak boleh dipinggirkan dan perlu diberikan lebih banyak minit perlawanan bagi membantu skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer itu.

Selepas dikecam teruk berikutan kesilapannya yang memberikan jaringan kemenangan buat kelab Switzerland, BSC Young Boys pada aksi Liga Juara-Juara Eropah, Lingard pantas menebus kesilapan tersebut dengan jaringan kemenangan ke atas West Ham United, Ahad lalu.

Meskipun hanya masuk sebagai pemain gantian dalam tiga perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL), Lingard membuktikan kemampuan dengan dua gol yang berjaya diledakkannya.

Sehubungan dengan kualiti yang dimilikinya, Neville melihat pemain berusia 28 tahun itu berhak diberikan lebih banyak peluang untuk beraksi pada musim ini.

“Saya masih yakin bahawa dia seharusnya pergi [meninggalkan Manchester United] tetapi dia akan mempunyai saatnya [untuk menyinar].”

“Saya sangat gembira untuk melihat bagaimana dia bangkit semula selepas apa yang terjadi dalam saingan Eropah pada pertengahan minggu lalu,” ujar Neville menurut laporan dikeluarkan Goal.

“Untuk kembali bangkit dan menjaringkan gol kemenangan adalah detik yang luar biasa baginya. Dia memiliki karakter yang baik. Dia merupakan seorang pemain yang baik dan saya merasakan dia perlu untuk diberikan 40 hingga 45 perlawanan dalam satu musim.”

“Dia tidak akan dapat menikmati 90 minit perlawanan tetapi dia salah seorang pemain yang saya rasakan United akan mendapat manfaat kehadirannya.”

“Saya hanya memikirkan tentang Jesse [Lingard] sendiri, dia seharusnya meninggalkan pasukan. United boleh menjadi pasukan yang lebih baik dengan adanya seorang pemain seperti Lingard,” tambah Gary Neville lagi.

Teruskan membaca artikel lain yang telah kami sediakan seperti dibawah.

Hampir Dimalukan Granada, Koeman Pertahankan Taktikalnya & Minta Peminat Barca Terima Hakikat

Nasrullah Hanif Johan Mahu Cipta Memori Manis

Tan Cheng Hoe Mahu Panggil Muka Baharu Hadapi Piala AFF Suzuki 2020

Sumber