Bekas pemain pertahanan Manchester United, Gary Neville, menganggap Victor Lindelof sangat lemah dan lembik.

Neville kemudian menganggap pemain kebangsaan Sweden dianggap tidak akan pernah menang dalam pertarungan fizikal dengan Wilfried Zaha yang membawa kepada gol ketiga Crystal Palace.

Victor Lindelof ada hari untuk dilupakan. Ini selepas tiga kesalahan yang dia lakukan dalam perlawanan tersebut menjadi punca tiga gol dijaringkan oleh The Eagles.

Gol pertama, Lindelof dengam mudah diatasi oleh Jeffrey Schlupp. Kemudian, hantaran Schlupp digunakan oleh Andros Townsend untuk menjaringkan gol.

Walaupun gol kedua terhasil kerana defensive error kedua Lindelof yang tertampan bola dengan tangannya dan memberikan penalti kepada lawan.

Pemain berusia 26 tahun itu membuat satu lagi kesalahan yang teruk dalam dengan gol ketiga Wilfried Zaha.

Beliau gagal mengeluarkan bola dengan sempurna, kemudian kalah dalam pertarungan duel satu lawan satu dengan penjaring gol.

Tidak hairanlah, dia digelar pemain pertahanan yang lemah oleh Gary Neville.

“Salah satu bahagian yang harus diperkuat oleh Man United adalah pertahanan tengah dan mereka harus cepat, mencari seseorang yang dapat bertahan dalam situasi satu lawan satu.”

“[Jordan] Ayew dan Zaha akan senang hati melawan Lindelof dan [Harry] Maguire dalam situasi satu lawan satu, “jelas Gary Neville.

“Zaha berjaya mengalahkan dua bek tengah Man United sepanjang hari ini.”

“Lindelof, dia tidak cukup kuat. Itu adalah duel 50-50. Dia pemain pertahanan yang lemah! ” kata Neville yang kegeraman.

Gary Neville kemudian menyatakan dia berani mengatakan Man United tidak akan pernah memenangi liga dengan Victor Lindelof dan Harry Maguire di ‘jantung’ pertahanan pasukan.

Menurut beliau, Setan Merah harus memiliki keberanian untuk membawa bek baru yang dominan untuk digandingkan dengan sama ada dengan Lindelof atau Maguire.

Neville kemudian menyedarkan United bahawa sepanjang musim lalu, mereka kelihatan tidak dikaitkan langsung dengan perpindahan pemain bek tengah.

Kerana Solskjaer seolah olah sudah berpuas hati dengan pertahanan beliau. Tetapi Neville pada pandangan berbeza.

“Mereka tidak akan pernah memenangi liga dengan pasangan bek itu. Mereka harus mendapatkan bek tengah yang pandai bergerak, pantas, dan dominan untuk digandingkan dengan Lindelof atau Maguire,” sambung Gary Neville.

“Pertahanan mereka sememangnya meningkat sejak musim lalu, tetapi mereka perlu terus meningkatkan kualiti.”

“Anda bebas untuk bercakap mengenai perpindahan Jadon Sancho, tetapi hanya selepas anda mendapatkan pertahanan tengah yang dapat berlari dan bertahan dengan baik dalam situasi satu lawan satu – atau anda tidak akan pernah memenangi liga.”

Baca juga perkembangan lain

RASMI: Bale Kembali Ke Tottenham Selepas 7 Tahun

EPL: Minggu Lalu Bergaduh, Minggu Ini Bergandingan Cipta Gol Kemenangan Arsenal

EPL: Everton Bantai WBA – James Cemerlang, Calvert Lewin Hatrik