Gary Neville kritik kapten Man United Bruno Fernandes sebagai memalukan ketika beraksi di Anfield semalam.

Manchester United dibelasah tanpa membalas oleh Liverpool dengan skor 7-0.

Ia adalah kekalahan terburuk Erik Ten Hag bergelar pengurus selepas 481 perlawanan dia bertugas.

Salah seorang pemain yang mendapat kritikan hebat daripada Neville ialah Bruno Fernandes.

Menurut Neville: “40 minit pertama adalah perlawanan yang saya boleh gelar sebagai aksi klasik ketika bertandang ke Anfield. Manchester United kelihatan akan mendapatkan gol dan memimpin perlawanan pada separuh masa pertama.”

Neville menambah: “Separuh masa kedua adalah memalukan, kekacauan.”

“Tapi tiada contoh yang lebih teruk daripada Bruno Fernandes,dia telah memalukan, bercelaru dalam permainan ini.”

Bekas kapten Man United, Gary Neville turut bengang dengan tindakan Bruno Fernandes yang cuba berlakon untuk mendapatkan foul daripada pengadil sedangkan ada VAR.

Fernandes dilihat memegang mukanya mendakwa dia disiku Ibrahima Konate di mukanya dan meraung kesakitan.

VAR digunakan untuk menilai insiden itu, dan ternyata kontak daripada Konate sangat minima dan di bahagian dada bukanya di mukanya.

Neville berkata: “Terdapat semakan VAR untuk insiden yang didakwa menyiku, ternyata ianya di dadanya.”

https://twitter.com/football1x2_app/status/1632456147327389696

“Seleaps itu dia memegang mukanya, sangat memalukan.”

“Sentuhan tu terkena di bahagian dadanya pada kadar sedikit dan dia jatuh. Dia sangat mengecewakan pada masa-masa tertentu.”

Gary Neville percaya bahawa ini tidak menggambarkan karakter Man United sebenar dan yakin mereka akan bangkit sekali lagi selepas ini.