Gary Neville menyokong pembelian Harry Kane, yang menurut beliau menepati tradisi Man United yang kerap mencipta sejarah dalam jendela perpindahan pemain serta rekod mendapatkan pemain pemain Inggeris terbaik.

Spurs sudah memaklumkan kepada United bahawa, Harry Kane adalah berharga £200 juta yang akan menjadi rekod dunia jika ia berjaya dimeterai.

Man United Dibenar Bercakap Dengan Kane Jika Setuju Bayar £200 Juta

Spurs terbuka menjual Harry Kane terutama sekali ketika kesan ekonomi yang teruk ketika koronavirus. Namun tetap berpegang kepada prinsip bahawa, setiap pemain mereka perlu dibayar mengikut tanda harga.

Kane sendiri tidak menolak kemungkinan akan meninggalkan Spurs – menerusi kenyataan beliau di Instagram live. Ia telah menguatkan lagi spekulasi bahawa beliau mungkin akan ke United.

Neville menjelaskan bahawa, Harry Kane sangat sesuai dan menepati tradisi perpindahan Man United. Lupakan dahulu soal harganya.

Neville berkata: “Kane menepati tradisi perpindahan bersejarah di United. Lihat balik sebelum ini, Brian Robson, Roy Keane, cubaan untuk mendapatkan Alan Shearer, kemudian pembelian Rio Ferdinand, Wayne Rooney.”

“Mereka adalah pemain yang terbaik dan pemain Inggeris, British dan Ireland yang paling popular di Liga Perdana Inggeris. Dan Man United cuba mendapatkan pemain yang menepati ciri-ciri itu.”

“Imbas kembali pada musim panas tahun lalu, United mendapatkan Harry Maguire, salah seorang pemain terbaik yang berada dalam senarai perpindahan.”

“Untuk Kane, beliau berjaya beraksi baik di England. Saya juga rasa Kane sangat bagus di kelab.”

Selain itu Neville juga memuji sikap kepimpinan Kane yang sebelum ini membantah tindakan kelab walaupun tidak secara terang terangan. Ini selepas Spurs menggunkan Skim Bantuan Khas Penganggur untuk membayar gaji staf bukan pemain.

Keputusan itu akhirnya ditarik balik oleh lembaga pengarah Tottenham Hotspur.

Berkenaan dengan harga Harry Kane, Gary Neville enggan membincangkannya. Kerana menurutnya buat masa ini, semua pihak harus menumpukan kepada perkara lebih penting ketika covid-19, bukannya berita tentang harga £200 Harry Kane.

Baca juga perkembangan bola sepak yang lain:

Akhyar Rashid Jual Kurta Jenama Sendiri Sepanjang Tempoh PKP

Barca Nak Saman Bekas Naib Presiden Yang Tuduh Ada Tangan Ghaib Songlap Wang

Senarai 10 Pemain Asia Termahal Bagi Musim 2019/2020