Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Laporan dari Jerman menyebut bahawa hanya 2 pemain yang benar benar mahu melakukan protes membela LGBTQ iaitu Manuel Neuer dan Leon Goretzka pada aksi pertama menentang Jepun.

Artikel Berkaitan:

Pemain pemain lain pula merasakan tindakan itu tidak perlu kerana larangan FIFA dan juga kerajaan Qatar yang tidak menyokong LGBT.

Namun Ilkay Gundogan sebelum ini sudah menyatakan bahawa bukan semua pemain menyokong protes tersebut tetapi mereka harus bertindak sebagai satu pasukan dalam apa jua perkara.

Gundogan sendiri menyatakan bahawa dia gembira Piala Dunia diadakan di Qatar sebagai seorang yang lahir dalam keluarga Muslim.

Dia dan Rudiger antara 2 pemain yang tidak setuju dengan penglibatan Jerman dalam kempen OneLove.

Gundogan berkata: “Kami mempunyai beberapa pemain yang marah dengan FIFA, kerana jelas ada perkara yang dirancang daripada pasukan,” kata Gundogan kepada The Athletic.

“Ini (pemakaian lilitan) semakin tidak dibenarkan sebelum perlawanan (Jepun), beberapa pemain kecewa dan kecewa serta mahu menunjukkan sesuatu.”

“Kami mengadakan perbincangan dalam pasukan dan akhirnya diputuskan bahawa kami akan melakukan isyarat ini [menutup mulut] untuk menentang FIFA.”

Menurut laporan dari Jerman, Gundogan dan Rudiger adalah dua pemain yang terus terang menyatakan tidak bersetuju dengan bantahan yang dilakukan oleh pasukan mereka.

Namun Gundogan menyatakan bahawa mereka terpaksa mengikut suara majoriti, sebagai satu pasukan.

Tindakan mereka kurang disenangi pemain pemain lain ketika itu. Membuatkan situasi agak tegang kerana mereka harus bertindak sebagai satu pasukan.

BILD kemudian melaporkan bahawa sebenarnya hanya 2 pemain yang benar benar mahu mempertahankan kempen itu iaitu Goretzka dan Neuer

BILD menulis: “Hanya Manuel Neuer dan Leon Goretzka berkempen dan memilih untuk mengadakan isyarat protes menjelang aksi berdepan Jepun.”

“Pemain pemain lain memilih untuk tidak melakukan apa apa, seperti mana pasukan negara lain.”

Neuer dan Goretzka menjadi ketua perbincangan tersebut dan mereka memaksa pemain lain untuk bertindak sebagai satu pasukan. Jadi perbincangan ketika itu benar benar panas di antara para pemain.

Ketika Neuer memutuskan bahawa pasukan akan melakukan isyarat tutup mulut itu, pemain seperti Kimmich tetap menyokong.

Sebaliknya pemain lain merasakan bahawa tindakan mereka boleh membuatkan fokus mereka terganggu.

Jerman tersingkir awal daripada Piala Dunia 2022. Mengulangi pencapaian buruk mereka tersingkir daripada peringkat kumpulan pada 2018.