Selepas pengumuman rasmi dari TMJ berkenaan Diogo yang akan ke saingan Thai League selepas tamat saingan Piala Malaysia nanti, rata-rata peminat bola sepak negara itu jelas teruja untuk menyaksikan seorang penyerang prolifik liga domestik mereka itu kembali.

Tinjauan dibeberapa laman sosial media berkaitan bola sepak di Thailand khususnya, ramai yang menyambut baik kepulangan Diogo ke Thai League dimana tidak keterlaluan jika beliau digelar sebagai ikon ketika bersama Buriram United suatu ketika dahulu.

Status itu adalah berdasarkan prestasi dan jumlah jaringan yang direkodkan selama 3 musim bersama Buriram United apabila dari 105 perlawanan, 101 gol telah dijaringkan seterusnya mengangkat beliau selaku pemain yang luar biasa.

120814879_1828485880648036_9157882112552735455_o

Diantara komen yang menarik perhatian kami mengenai kepulangan Diogo itu adalah seperti dibawah dimana seorang individu dengan nama Jarun Yubolpun memberikan pendapat yang mungkin ada pihak ‘tidak senang duduk’.

“Secara jujurnya Liga Malaysia tidak memberikan cabaran untuk Diogo, selain duit jika dilihat dari sudut bola sepak, JDT mampu muncul juara dalam tempoh yang lama kerana mereka berada ditahap berbeza, berkualiti tinggi dan tiada pasukan di Malaysia yang mampu mengalahkan mereka.”

“Pemain-pemain lain di JDT pun mampu mengekalkan kejuaraan mereka walaupun tanpa Diogo. Sebab utama penghijrahan Diogo ke Liga Malaysia adalah kerana AFC Champions League.”

“Jika kita bandingkan dengan Thai League, disini (Thailand) lebih kompetitif. Banyak pasukan mampu untuk muncul juara disebabkan berada ditahap yang hampir sama. Saya rasa jika dia beraksi dengan BG Pathum United lebih sesuai terutama di AFC Champions League.”

49196473_2245580769017664_1056615324079620096_n

Mesej positif yang boleh kita lihat disini adalah JDT dilihat telah membuktikan bahawa mereka mampu menarik pemain-pemain hebat liga lain untuk beraksi dengan mereka kerana selain dari fasiliti serta kebajikan pemain, penyertaan secara konsisten adalah saingan AFC Champions League adalah faktor yang tidak kurang pentingnya untuk seseorang pemain berprofil tinggi mempertimbangkan keputusan penghijrahan mereka.

Apapun keputusan yang telah dibuat, selamat maju jaya untuk Diogo di Thai League dan semoga JDT terus konsisten beraksi disaingan kelab bola sepak paling berprestij di Asia!

Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kamiĀ  sediakan untuk anda.

Samuel Somerville: “Rasa Bertuah Sertai Pasukan Yang Memiliki Mentaliti Juara Sejak Permulaan Liga.”

Kemasan Dalaman Bas BG Pathum United Ini Mirip Tempat Duduk Penerbangan ‘Business Class’

Buriram United Bawa Pulang Ketua Jurulatih Paling Berjaya, Alexandre Gama Bakal Kembalikan Zaman Kegemilangan