Kelibat seorang individu yang pernah dilaporkan pernah mempunyai beberapa isu dalam arena bola sepak Malaysia beberapa tahun lalu kini kembali panas.

Perkara itu mula diperkatakan dengan hangat oleh peminat-peminat bola sepak di utara tanahair apabila beberapa keping gambar ‘perjumpaan’ tersebar di media sosial yang mengundang kepada banyak persoalan serta andaian.

Sebelum ini, beliau dikatakan pernah terlibat dengan beberapa pasukan di pantai timur yang telah mengakibatkan banyak isu-isu berkaitan pengurusan pasukan dan juga pemain timbul. Sehingga kini tidak dapat dipastikan samada isu tersebut sudah diselesaikan atau masih tergantung.

Melihat kepada ‘trend’ sebelum ini, individu tersebut lebih selesa untuk masuk sebagai penaja dalam pasukan dan bukan sebagai pemilik. Mungkin kali ini ‘game’ akan sedikit berbeza tetapi ramai peminat sudah ‘alert’ dengan kehadiran beliau.

Bukan untuk menafikan atas apa juga kapasiti yang dibawa, tetapi bersandarkan kepada ‘track record’ yang meragukan sebelum ini, adalah lebih baik pasukan tersebut berwaspada untuk sebarang risiko supaya tidak ditimpa kecelakaan dikemudian hari.

Apa pun, selamat maju jaya kepada semua yang terlibat dalam memajukan bola sepak Malaysia!

Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kami  sediakan untuk anda.

Pertembungan Faiq Bolkiah Dan Safawi Rasid Akan Berlaku Ketika Maritimo Berdepan Portimonense SC?

“Malaysia Adalah ‘Comfort Zone’ Saya, Thai League Adalah Cabaran Baru Dan Saya Perlu Buktikan Kemampuan.” – Sumareh

RASMI: Zense Entertainment Beli Hak Penyiaran Thai League 8 Musim Sehingga 2028 Bernilai Hampir RM200 Juta Semusim

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group