Beberapa hari yang lalu, kami ada berkongsi mengenai segelintir netizen dari Malaysia yang bertindak meninggalkan komen-komen ‘merapu’ disetiap post di laman sosial rasmi pasukan KV Kortrijk.

Semalam, ada diantara mereka ini bertindak lebih teruk dengan menulis komen yang dilihat seolah-olah surat terbuka kepada pihak pengurusan KV Kortrijk yang kandungannya berkisar mengenai Luqman Hakim.

Petikan komen tersebut adalah seperti dibawah dan anda semua boleh nilaikan sendiri apa sebenarnya yang sedang bermain diminda individu yang menulis komen ini.

SURAT DARI PENYOKONG MALAYSIA KEPADA PIHAK PENGURUSAN KV KORTRIJK

“Luqman Hakim adalah pemain muda terbaik Asia U19. Jadi mengapakah pihak pengurusan Kv Kortrijk tidak mahu beri peluang padanya untuk bermain.”

“Tolong jangan jadi bodoh.”

“Agak pelik seorang pemain muda terbaik yang lansung tidak diberi peluang untuk bermain. Kami semua penyokong Malaysia amat marah dengan masalah ini.”

“Jika masalah ini tidak dapat diselesaikan dengan memberi peluang pada Luqman Hakim untuk bermain kesebelasan utama bagi skuad utama , kami penyokong Malaysia akan terus melakukan solidariti dengan memberi komen “Dimana Luqman Hakim?” pada setiap ruangan komen di Halaman ini.”

KVK

Begitulah komen yang ditinggalkan yang oleh individu tersebut.

Mungkin komen seperti ini sengaja dibuat untuk cuba membuatkan lebih ramai lagi peminat bola sepak dari Malaysia khususnya ‘naik Syeikh’ dan terus ‘memeriahkan’ ruangan komen di laman sosial tersebut.

Reaksi dari peminat lain terhadap komen itu wajar diberikan pujian kerana tahu isu tersebut boleh menjadi lebih serius kepada orang lain yang mudah ‘kena jek’.

reaksi komen 2

reaksi komen 3

Semoga Luqman Hakim kekal fokus memberikan aksi terbaik dalam latihan dan perlawanan selepas ini serta tidak ‘makan’ dengan komen-komen negatif di sosial media bagi mengharumkan nama Malaysia di eropah.

Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kamiĀ  sediakan untuk anda.

Kisah Anak Malaysia Pikat Jurulatih England U15, Kecewa Gagal Terima Sokongan Untuk Kekal Sebagai Pemain Akademi QPR

Komen Merapu Netizen Malaysia Di Facebook KV Kortrijk Memalukan

Sepakan Mirip ‘Nakamura Bus Challenge’ Versi Tok Jiring Ini Viral, Pemandu Lori Sendiri Pulangkan Bola