Anda peminat setia pasukan Kedah? Sudah pasti anda ingat dengan seorang bekas pemain import, Nelson Sam Martin yang pernah membantu skuad Hijau Kuning memenangi Double Treble pada musim 2007 dan 2008 lalu.

Baru-baru ini, menerusi laman media sosial Facebook Neslon, pemain kelahiran Santiago, Chile itu memuat naik gambar yang menunjukkan beliau sedang dalam perjalanan menuju Malaysia.

Menurut salah seorang sumber terdekat Nelson, beliau memberitahu Vocket FC bekas pemain T-Team itu kembali ke Malaysia bagi menggalas tugas sebagai ketua jurulatih bagi salah satu pasukan yang bersaing dalam saingan Liga Malaysia musim ini.

“Beliau kembali ke Malaysia kerana menerima satu tugasan untuk menguruskan sebuah pasukan di utara tanah air. Pengalaman beraksi di Liga Malaysia sebelum ini menjadi faktor utama mengapa pasukan tersebut mahukan khidmat Nelson,” kata sumber tersebut.

Akan tetapi, sumber terbabit enggan menyebut nama pasukan yang akan dikendalikan oleh Nelson Sam Martin. Perkara ini sekaligus menimbulkan tanda tanya pasukan manakah yang telah berjaya mendapatkan khidmat gandingan Marlon Alex James itu satu ketika dahulu.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:

Nafuzi Zain Gesa Dua Pemain Import Terengganu Segera Bangkit

Dipaksa Untuk Berkahwin Punca Prestasi Safawi Rasid Merudum?

Adik Lelaki Zahirah MacWilson Mahu Cuba Nasib Bermain Bersama Pasukan Liga Malaysia