Penjaga gol skuad kebangsaan Filipina, Neil Etheridge dilaporkan sedang menerima rawaran rapi di hospital selepas dijangkiti Coronavirus (COVDI19).

Perkara ini diumumkan oleh pihak kelab menerusi Pengarah Teknikal, Craig Gardner dimana beliau menegaskan Etheridge ketika ini sedang menerima rawaran di hospital dan pihak keluarga telah dimaklumkan mengenai perkara ini.

“Pihak kelab mengesahkan Neil Etheridge sedang menerima rawatan kerana jangkitan Coronavirus. Semua pihak di Birmingham City memberi sokongan kepada beliau.

“Mewakili pihak pengurusan, staf kejurulatihan dan pemain, kami memberi sokongan kepada Neil dalam perjuangan beliau melawan COVID-19.

“Kami berhubung dengan keluarga terdekat dan akan terus memberi segala bantuan yang diperlukan.

“Neil kini sedang dirawat oleh pasukan terbaik dan kami berharap kami dapat menyambutnya pulang secepat mungkin,” kata Craig Gardner.

Etheridge kembali menyertai pasukan bagi menjalani latihan pra musim pada awal Jun lalu dan dijadualkan menentang Sheffield United pada perlawanan pembukaan EFL Championship pada 7 Ogos nanti.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia di sini:

Thailand Tidak Dapat Gunakan Khidmat Pemain Leicester City Hadapi Kelayakan AFC B-23

ZamSaham Bantu Lunas Tunggakan Gaji Pemain PSPS Riau Musim 2018

Pemain B-19 Tahun Kelab Divisyen Lima Jerman Bakal Perkuatkan Skuad B-20 Tahun Negara