Negeri Sembilan tidak mahu ketinggalan dalam memperkuatkan pasukan pada jendela perpindahan kedua Liga Malaysia musim 2021 dimana mereka semakin hampir untuk mendapatkan khidmat pemain pertahanan dari Brazil.

Menurut perkongsian wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, pemain pertahanan yang dimaksudkan ialah Arthur Cunha dimana beliau sebelum ini pernah beraksindalam saingan Liga 1 Indonesia.

Arthur merupakan salah seorang pemain import yang dikenali di Indonesia dimana beliau sudah beraksi di negara itu sejak musim 2015.

Pemain berusia 31 tahun itu menyertai Mitra Kukar pada 2015 dan musim berikutnya beliau menyertai Arema yang menyaksikan Arthur Cunha menyarung jersi kelab itu selama empat musim dan pernah menjadi rakan sepasukan kepada pemain import Terengganu ketika ini iaitu Makan Konate.

Pada 2020, Arthur kemudiannya menyertai Persipura Jayapura namun beliau tidak dapat menampilkan prestasi sebenar ekoran saingan liga yang ditangguhkan kerana pandemik COVID-19 yang melanda dunia ketika ini.

Arthur Cunha
Sumber Gambar: Kompas Bola

Negeri Sembilan ketika ini menduduki tangga kedua dalam carta Liga Perdana dengan kutipan 22 mata, satu kata di belakang pendahulu iaitu Sarawak United.

Sekiranya skuad bimbingan K.Devan ini mengekalkan prestasi sehingga penghujung musim, makan mereka akan membuat kemunculan semula dalam saingan Liga Super sejak kali terakhir pada musim 2013.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan Liga Malaysia di sini:

Selepas Tinggalkan Perak, Nazirul Naim Bakal Sertai Sabah

Baling Jadi Pilihan KDA Adakan Sesi Latihan Secara Berpusat

Zafuan Azeman Tinggalkan Penang, Sertai Kelantan United