Pendatang baharu Liga Super 2022, Negeri Sembilan (NSFC) sedia memberikan tentangan yang sengit pada musim ini apabila mereka mengumumkan kemasukan penyerang import baharu dari Brazil, Matheus Alves.

Alves cukup dikenali dalam kalangan peminat bola sepak tempatan kerana beliau pernah beraksi dalam saingan Liga Super pada musim 2017 bersama pasukan Pahang.

Pemain dari Brazil itu dianggap sebagai penyerang paling berbisa apabila meledak 18 gol buat skuad Tok Gajah sekali gus muncul penjaring kedua terbanyak Liga Super di belakang penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT), Mohammed Ghaddar pada musim tersebut.

Beliau juga merupakan pemain kedua bekas pemain Pahang yang memperkuat Negeri Sembilan selepas kelab itu menandatangani tonggak pertahanan, Herold Goulon yang beraksi bersama Tok Gajah musim lepas.

Selain bersama Pahang, pemain yang memiliki ketinggian 1.86m ini juga pernah beraksi di Liga Thailand bersama Chonburi FC dan PT Prachuap, sebelum berkelana ke Korea Selatan untuk berkhidmat bersama kelab dari divisyen 2, Chungnam Asan.

Kemasukan Alves bermakna, kuota pemain import Negeri Sembilan kini sudah lengkap sepenuhnya. Sebelum ini NSFC mengumumkan kemasukan penyerang dari Ghana, Kossi Adetu, Herold Goulon, David Gordon Mawutor dan Omid Nazari (Kuota Asean).

Kesemua pemain ini berkemungkinan akan diturunkan dalam satu perlawanan persahabatan menentang Selangor FC yang akan diadakan secara tertutup di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi pada malam ini.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan melalui pautan dibawah.

Pemain Pertahanan Andorra Lengkapkan Kuota Pemain Import Kedah

Perak Bangkit Semula Dengan Logo Baharu

Lim Teong Kim Nafi Minta Gaji Tinggi, TMJ Balas “Jangan Nak Temberang”

Tiada Lagi Zainal Abidin, Melaka United Umum Risto Vidaković Sebagai Ketua Jurulatih Baharu

Tiga Pasukan Liga Super Bakal Berentap Dalam Piala Menteri Besar Terengganu

FAM Dapat RM10 Juta Daripada Kerajaan Untuk Pembangunan Bola Sepak